in

Kes Kematian Budak 12 Tahun Di Kluang Bukan Sebab Strok Haba, Ini Penjelasan Doktor…

bukan strok haba tapi septic shock

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Airiel Syahren dari Kluang, Johor dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira jam 7 pagi disyaki akibat strok haba.

Walau bagaimanapun, Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr. Hj. Mohtar Bin Pungut@Hj. Ahmad berkata, selepas siasatan dijalankan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati kanak-kanak tersebut dimasukkan ke wad kerana mengalami demam panas sehari sebelum dan mempunyai gejala batuk selama tiga hari.


https://twitter.com/redzuannewsmpb/status/1653365830749655042?s=46&t=qKDnyMbb8QOwWbw98BQjYg

Tambahnya lagi, sebab kematian telah disahkan sebagai Septic Shock secondary to Meningoencephalitis dan tiada kaitan dengan strok haba seperti dilaporkan media.

Susulan itu, JKNJ meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

Doktor perjelas maksud penyakit, tak sama dengan strok haba

Dalam pada itu, seorang doktor di Twitter iaitu Khairul Hafidz telah menjelaskan bahawa terdapat salah faham dalam memahami penyakit yang dihidapi kanak-kanak terbabit yang menjadi punca kematiannya.

BH2STROK O BHfield image listing featured

Menurutnya, Septic shock secondary to Meningoencaphalitis dalam bahasa mudahnya adalah kejutan/renjatan septik disebabkan oleh jangkitan dan ia diakibatkan oleh proses inflamasi pada tisu otak.

Manakala strok haba pula berbeza, ia terjadi kerana badan menjadi terlalu panas dan tidak dapat mengawal suhu badan akibat dari pendedahan suhu yang tinggi dalam masa yang panjang.

Bila tanya apa punca yang menyebabkan septic shock tersebut, Dr Khairul menjelaskan bahawa septic shock berasal daripada perkataan sepsis iaitu terma yang sering digunakan apabila sistem imun kita bertindak balas terhadap jangkitan.

sepsis

Punca kepada jangkitan ini boleh disebabkan bakteria, virus atau fungi dan sepsis ini juga boleh meningkat kepada septic shock yang mana menyebabkan tekanan darah menurun dengan mendadak serta meningkatkan risiko kematian.

Apa-apapun yang paling penting korang jagalah kesihatan dengan baik, tambah pulak dengan keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ni kan. Risau! 

Baca: Kematian Bayi Berusia 19 Bulan Di Kelantan Disebabkan Oleh ‘Severe Dehydration’, Bukan Strok Haba – KKM

strok haba

Sumber: BH
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.