in

Kes Ebit Lew: Saksi Kemuka Bukti 436 Gambar & 4 Video Dalam Telefon

ebit lew 436 gambar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perbicaraan terhadap pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew telah diteruskan di Mahkamah Majistret Tenom di Sabah.

Menurut laporan kes, saksi ketujuh perbicaraan memberitahu kepada pihak mahkamah bahawa sebanyak 436 keping gambar diperoleh daripada sebuah telefon pintar jenama Samsung Galaxy A31 berhubung kes itu yang dihantar ke makmal forensik PDRM.


Juruanalisis Kanan Audio Video PDRM ASP Latifah Abdul Aziz berkata, terdapat juga empat rakaman video dan 219 gambar tangkap layar yang ditemui daripada telefon tersebut, lapor Berita Harian.

Screenshot 2023 05 12 104930

Latifah memaklumkan telefon itu disimpan dalam sampul surat berwarna putih dan dihantar ke makmal forensik PDRM Cheras pada 9 Ogos 2021.

Telefon terbabit telah dipastikan tiada kerosakan dan berfungsi dengan baik sebelum membuat analisis.

“Saya menjalankan proses extraction ke atas barang kes (telefon bimbit) dengan menggunakan perisian XRY dan mengenal pasti data diperlukan oleh pegawai penyiasat,” katanya.

Video yang diperiksa tiada pengubahsuaian

Katanya, beliau mengambil masa kira-kira tiga jam untuk membuat analisis kandungan yang terdapat dalam telefon sebelum membuat salinan data yang diperoleh ke dalam dua cakera padat PDRM yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan.

Satu CD itu tersimpan 436 gambar berserta empat rakaman video manakala satu CD lagi mengandungi 219 gambar tangkap layar menerusi aplikasi WhatsApp.

Latifah turut memberitahu hasil pemerhatiannya mendapati empat video yang ditayangkan dalam mahkamah tidak mengalami sebarang pengubahsuaian.

Ini disebabkan kesemua video itu dimainkan bergerak secara frame by frame kerana video yang telah disunting akan menjadi jumping.

Terdahulu, Ebit berdepan 11 pertuduhan atas sebab mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar gambar lucah dan perkataan ke nombor telefon mangsa menerusi aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Jika disabit kesalahan, pesalah akan menerima hukuman maksima penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Baca: Hadapi 11 Pertuduhan, Firdaus Wong Jadi Saksi Kes Perbicaraan Ustaz Ebit Lew
ft ebit lew hadap ke mahkamah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.