in

“Kes dianggap selesai” – Langgar SOP Sambut Hari Lahir Di Tepi Pantai, YB Young Syefura Dikompaun RM1,000

Yb Pura Pura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Heboh isu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman yang dikatakan telah melanggar SOP PKPB baru-baru ini, kes tersebut kini dianggap selesai oleh pihak polis selepas beliau dikenakan kompaun RM1,000. 


Menurut Harian Metro, Young Syefura didapati bersalah kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor dan perkara ini telah disahkan oleh pihak polis.

Rara 1

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kertas siasatan wakil rakyat DAP itu juga telah diserahkan kepada Pengarah Pendakwaan Selangor minggu lalu.

Tambahnya lagi, empat rakan Young Syefura juga turut dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang.

Kes berkenaan dianggap selesai selepas kompaun dikeluarkan terhadap lima individu terbabit yang melanggar SOP PKPB,” kata Wan Kamarul.

Terdahulu, media melaporkan ADUN Ketari tersebut bersama empat rakannya telah melanggar SOP PKPB ketika meraikan ulang tahun wakil rakyat tersebut di pantai Bagan Lalang, Sepang yang mana gambar tersebut dimuat naik di Instagram tular di media sosial.

Emypvtmu0Aersf9 1

Kesemua mereka didapati bersalah kerana tidak memakai pelitup muka dan tidak mematuhi penjarakan fizikal.

Young Syefura yang hadir membahaskan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (Belanjawan 2021) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang semalam berkata, beliau didapati bersalah kerana melanggar SOP PKPB.

Beliau juga memaklumkan akan menjelaskan bayaran kompaun dalam masa terdekat ini dan pada masa yang sama mengemukakan permohonan maaf kepada semua pihak termasuk rakyat Pahang kerana melanggar SOP yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada DUN Pahang.

Haih malas dah min nak cakap bab langgar SOP ni. Seeloknya YB jadilah contoh yang baik buat rakyat. 

Baca: “Saya kesal dan menyesal” – Isu Langgar SOP, Young Syefura Harap Siasatan Adil Walaupun Bergelar ‘YB’

Pura

Sumber: Instagram
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.