in

Kes Anak Rafizi: Polis Jumpa Petunjuk Baharu, Bukit Aman Ambil Alih Siasatan

Anak Rafizi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes serangan terhadap anak lelaki Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, kini disiasat sepenuhnya oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pemindahan kes ini dilakukan kerana siasatan memerlukan penelitian lebih mendalam serta diselaraskan di peringkat pusat.


“Tindakan ini diambil untuk memastikan siasatan dijalankan dengan teliti dan mengikut prinsip keadilan serta ketelusan,” katanya, lapor Kosmo!

Beliau pada masa sama menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat tampil segera membantu polis dengan menyalurkan maklumat di balai berhampiran bagi mempercepat proses siasatan.

Artikel berkaitan: Polis Jumpa Petunjuk Baharu Kes Serangan Anak Rafizi, 14 Individu Dipanggil Bantu Siasatan

Artikel berkaitan: Polis Tak Tolak Kemungkinan Kes Anak Rafizi Kena Serang & Disuntik Bermotifkan Politik

rafizi
Rafizi Ramli

Terdahulu, anak kepada Rafizi Ramli dilaporkan diserang dalam satu insiden mengejutkan di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, kira-kira jam 2 petang, Rabu lalu.

Mangsa yang berusia 12 tahun dipercayai dihampiri dua lelaki menaiki motosikal sebelum salah seorang daripadanya melakukan serangan terhadap kanak-kanak itu.

Susulan kejadian, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, memaklumkan pihaknya telah menemui beberapa petunjuk positif hasil penelitian terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi.

“Memang ada beberapa petunjuk daripada rakaman CCTV, namun ia masih belum lengkap pada peringkat ini,” katanya.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.