in

Kes 1MDB: Saksi Beritahu Jho Low Sertai Berkonvoi Ke Rumah Najib Untuk Buka Akaun Bank

Collage 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas pegawai bank hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa ahli perniagaan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low turut sertai konvoi ke rumah Datuk Seri Najib Razak di Bukit Tunku pada tahun 2011.


Bekas pengarah bukan ekslusif Ambank Cheah Tek Kuang mengatakan bahawa dia telah pergi ke rumah Najib untuk membantu bekas Perdana Menteri ini membuka akaun bank.

Saksi pendakwaraya ke-39 ini memberitahu mahkamah bahawa pada Januari 2011 yang lalu, dia telah menyertai konvoi melibatkan dua ke tiga kereta yang telah mengambilnya di rumah sebelum pergi ke kediaman Najib di Langgak Duta.

Najib In Court

Bila kereta tersebut datang untuk mengambil saya, ada konvoi dua atau tiga kereta lain. Saya di dalam kereta bersama seorang pemandu. Kereta-kereta lain juga ada orang dekat dalam. Bila saya tiba di rumah Najib, saya lihat Jho Low dalam salah sebuah kereta tersebut.”

Bagaimanapun, Cheah mengatakan tiada komunikasi di antara dia dan Jho Low di rumah Najib dan hanya mengetahui sedikit maklumat mengenai ahli perniagaan tersebut ketika itu.

Saya pernah jumpa dia dua atau tiga kali dalam perjumpaan makan tengahari tapi dia ada tabiat suka datang lambat.”

Saksi ini juga turut menafikan bahawa dia telah menerima hadiah berupa telefon jenama BlackBerry dari Jho Low dan menegaskan dia menggunakan telefon berjenama Nokia.

Untuk pengetahuan korang, Najib kini berdepan dengan perbicaraan atas 25 dakwaan salah guna kuasa dan penggubalan wang haram berhubung dana 1MDB sebanyak RM2.28 bilion yang telah dimasukkan ke dalam akaun Ambank miliknya di antara Februari 2011 dan Disember 2014.

Sumber: The Sun Daily, FMT

 

Baca: Kes 1MDB: Najib Razak Terima RM 90.9 Juta Dalam Akaun Peribadi

1Mdb Najib 90.9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.