in

“Kerna dialah kami bisa tiba cepat!” – Individu Terharu Penunggang Motosikal Bantu Lapangkan Jalan Ketika Ambulans Bawa Ibu Ke Hospital

Bantu Ambulans

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasaannya kalau korang ternampak ambulans masa drive kereta, mesti korang akan sedaya upaya cari jalan untuk ketepikan kereta dan beri laluan kepada ambulans tersebut percepatkan perjalanannya.


Pun begitu, tak semua di kalangan pemandu ada minded yang sama terutamanya kalau korang tinggal di bandar ‘macet’ macam kat Indonesia ni.

 

“Not all heroes wear capes” 

Menerusi perkongsian video di Twitter, seorang netizen ni ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat penunggang motosikal berhelmet putih yang telah membantu lapangkan perjalanan ambulans yang membawa ibunya ke hospital. 

Menurutnya, jalan pada ketika itu agak sesak dan tiada kenderaan yang mahu ke tepi walaupun ambulans dah membunyikan siren. Tup-tup datang seorang wira bermotosikal cuba membuka jalan supaya ambulans tersebut pantas ke hospital.

 

“Orang Indonesia logikanya masih kebalik (kebelakang). Orang mati dibukain jalan, orang hidup…” 

Video tersebut bukan saja menerima pujian netizen tapi juga kritikan terhadap sikap pengguna jalan raya di Indonesia yang sangat mementingkan diri sendiri.

Menurut netizen negara seberang, perkara macam ni dah biasa sangat terjadi bila tak ada kenderaan yang nak bagi jalan walaupun keadaan tengah ’emergency’ dan ambulans nak lalu. 

Maleh
sumber: twitter

 

“Bukan semua tak membantu, abang grab paling baik” 

Walau bagaimanapun, tak semua pemandu atas jalan raya yang berperangai macam tu. Ada juga di kalangan netizen yang berkongsi pengalaman dibantu oleh pengguna jalan raya lain termasuklah abang grab yang baik hati seperti kat bawah ni.

https://twitter.com/shelovemilktea/status/1215287063521554434

Apa-apapun kita sebagai negara jiran, ambillah iktibar daripada video kat atas ni. Semoga pengguna jalan raya kita tak buat perangai yang sama bila nampak ambulans bunyikan siren untuk beri jalan. 

Baca: “Fuyoo mesti lepas ni cepat sampai” – Projek Motosikal Ambulans Akan Bermula Di Sarawak

Ambulans

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.