in

Kerap Stres? Ini 5 Tanda Anda Sedang Bekerja Dalam Persekitaran Kerja Toksik

Cats 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Persekitaran kerja yang sihat akan membawa kepuasan dan hasil kerja yang berkualiti. Tanpa kita sedar, persekitaran kerja memainkan peranan yang sangat penting dalam emosi dan motivasi seseorang individu.



Jika rakan sekerja anda bersifat energetik dan positif, ia adalah satu anugerah buat anda. Namun, bagaimana pula jika rakan sekerja anda ialah seorang yang bersifat negatif, atau dalam bahasa mudahnya bersikap toksik?

51550745172 Kerja
Gambar sekadar hiasan

Persekitaran kerja yang toksik akan memenatkan mental dan fizikal seseorang. Lebih parah, ia akan membuat anda benci pekerjaan dan sering lihat jam untuk periksa baki waktu bekerja.

Untuk itu, anda perlu tahu tanda-tanda persekitaran kerja yang toksik.

1. Komunikasi teruk

Tahukah anda, kemahiran komunikasi adalah salah satu kemahiran yang sangat penting di dalam sesebuah organisasi. Ini termasuklah komunikasi secara bertulis, bercakap atau secar atas talia.

Jadi bagaimana nak tahu jika komunikasi sesebuah organisasi itu teruk? Berikut adalah tandanya:

– Arahan tidak jelas
– Setiap orang dapat mesej yang berbeza
– Komunikasi yang agresif atau pasif

2. Sifat ‘membawang’ dan eksklusif

Salah satu persekitaran toksik yang kebiasaannya wujud dalam sesebuah organisasi adalah berpuak dan suka bergosip. Perkara ini kadang kala membuatkan seseorang itu berasa terasing dan ketinggalan.

Getty 508970750 2000133420009280144 128946
Gambar sekadar hiasan

3. Kepimpinan yang teruk

Kepimpinan adalah sangat penting di dalam sesebuah organiasi. Suasana dan motivasi sesebuah pasukan itu kebiasaannya dipengaruhi oleh sifat kepimpinan orang atasan mereka.

Bigstock Bad Job Angry Female Boss Web230764639 1
Gambar sekadar hiasan

Jadi jika majikan atau orang atasan anda tiada sifat kepimpinan, itu adalah salah satu tanda anda bekerja dalam persekitaran yang tidak kondusif.

4. Tiada keseimbangan kehidupan kerja (work life balance)

Hidup ini bukan perlu bekerja sahaja. Seseorang itu juga perlukan rehat dan masa bersama keluarga selepas habis waktu bekerja.

Hadapi Stress Di Tempat Kerja
Gambar sekadar hiasan

Jika anda diminta untuk membalas emel pada waktu hujung minggu atau hari cuti, itu mungkin tanda anda sedang bekerja dalam organisasi yang tidak sihat.

5. Sering ‘burnout’

Tahukah anda, burnout di tempat kerja telah diiktiraf sebagai diagnosis perubatan yang sah oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia. Jadi jika anda berasa stres dan penat daripada bekerja, itu bukanlah tanda anda seorang yang manja atau lemah.

Sebaliknya, anda perlu mengambil cuti atau rehat seketika untuk menenangkan minda.

Kredit: TwtBagiKerja, Hello Doktor

BACATak Reti Buat Resume? Guna 5 Laman Web Ini Dengan Hanya Isi Tempat Kosong

Untitled 1 1

Sumber: Awani
Sumber: Sumber

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.