in

Kerap Ditegur Main ‘Video Game’, Bapa Rampas ‘Handphone’ Jadi Punca Remaja Perempuan Panjat Jejambat Cuba Bunuh Diri

Ft 3 E1617432028639

Cubaan seorang remaja perempuan membunuh diri dengan memannjat jejambat di sebuah flyover Bukit Tinggi Lebuhraya Karak-KL semalam berjaya digagalkan oleh Ketua Polis Balai Bukit Tinggi. Menurut perkongsian di Facebook, ketua polis itu bertindak pantas menarik remaja berkenaan semula ke atas jalan.

Kejadian itu berlaku di flyover di kilometer (KM) 46 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Bukit Tinggi, Bentong kira-kira jam 2.30 petang. Menurut FMT, remaja berusia 16 tahun itu juga didapati sedang menjalani rawatan bagi kemurungan.

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/posts/1844689375708764

 

Sering ditegur main video game, bapa rampas telefon bimbit

Difahamkan, dia tekad memanjat jejambat tersebut kerana sering ditegur akibat kerap bermain ‘video game’ di telefon bimbit dan turut tidak berpuas hati dengan bapanya yang merampas telefon bimbitnya.

Ketua Polis Daerah Bentong, Zaiham Mohd Kahar berkata polis menerima panggilan daripada orang awam yang terlihat remaja itu meniti jejambat itu sekitar jam 2.15 petang. Pasukan polis kemudian dikejarkan ke lokasi dan mendapati gadis terbabit berada dalam keadaan tidak stabil.

Polis cuba memujuk remaja itu untuk turun namun tidak dihiraukan, dan sebaik sahaja berpeluang, Ketua Balai Balai Bukit Tinggi, Maznan Omar menarik remaja tersebut dari belakang sebelum anggota lain membantu memegang mangsa bagi menyelamatkannya.”

Gadis itu kemudian dibawa ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan lanjut. Terdahulu, video menunjukkan tindakan pantas Ketua Balai Polis Bukit Tinggi menyelamatkan remaja terbabit dikongsikan di Facebook dan mendapat pujian ramai.

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/posts/1844792685698433

 

Baca: “Ingat senang ke nak lari tanpa bunyi tapak kasut” – Netizen Salute Ketua Polis Balai Bukit Tinggi Selamatkan Gadis Cuba Bunuh Diri

Lompat Bunuh Diri