in

“Ingat senang ke nak lari tanpa bunyi tapak kasut” – Netizen Salute Ketua Polis Balai Bukit Tinggi Selamatkan Gadis Cuba Bunuh Diri

Lompat Bunuh Diri

Sejak akhir- akhir ini, kita boleh lihat banyak pula kes bunuh diri yang berlaku dan individu ini nampaknya nekad hingga ingin terjun dari tempat yang tinggi dek kerana terlalu stress atau alami depresi.

Antara yang terbaru dan viral semalam ialah kes cubaan seorang wanita terjun dari atas flyover Bukit Tinggi Lebuhraya Karak-KL dari Plaza Tol Gombak menghala ke Bentong. 

16Mac2021/KLKMakluman awal kes cubaan terjun di atas flyover Bukit Tinggi Lebuhraya Karak-KL dari Plaza Tol Gombak…

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Tuesday, March 16, 2021

 

Menurut Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS, kejadian tersebut berlaku lebih kurang  dalam pukul 2.30 petang semalam, namun mujurlah tiada perkara buruk yang berlaku kerana wanita tersebut berjaya diselamatkan polis.

Menerusi rakaman video, dapat dilihat tindakan pantas Ketua Polis Balai Bukit Tinggi yang ada di tempat kejadian telah menarik remaja perempuan tersebut yang duduk di hujung besi flyover itu ke belakang.

16Mac2021/PahangTindakan pantas Ketua Polis Balai Bukit Tinggi berjaya menarik remaja perempuan yg cuba terjun flyover…

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Tuesday, March 16, 2021

Fuh dia lari macam tu je terus tarik perempuan tu ke belakang! 

 

“Nampak mudah tapi bukan senang…”

Tindakan pantas ketua polis terbabit mendapat pujian netizen yang menganggap beliau sangat berani dan professional dalam menjalankan tugasnya.

Pelok Lama

Semoga remaja terbabit mendapat bantuan daripada pihak berwajib dan tidak mengulangi perbuatan tersebut. 

Baca: “Pegang pisau, acu di leher” – Wanita Cuba Bunuh Diri Pagi Tadi, Berdiri Atas Bumbung Jejantas Stesen Monorail Maharajalela

Bunuh 2

Sumber: Facebook