in

“Kerajaan seolah-olah tidak nampak masalah orang Melayu” – Tun M Persoal Kerajaan Buat 6 Rumah Terbuka

Ft Tun M Persoal Kerajaan Buat Open House 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap agar kerajaan berikan tumpuan kepada isu kemiskinan kaum Melayu berbanding penganjuran Rumah Terbuka Malaysia Madani di 6 negeri.


Tambah beliau lagi, kerajaan tidak seharusnya berasa seronok dengan mengadakan majlis rumah terbuka sedangkan masalah kaum Melayu terus terpinggir, lapor Astro Awani.

“Kita dapati kerajaan seolah-olah tidak nampak masalah orang Melayu, mereka berseronok, membuat rumah terbuka walaupun mereka berkata tak akan ada acara besar-besar.”

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut memberitahu bahawa semasa beliau menjadi Perdana Menteri, majlis rumah terbuka Aidilfitri hanya diadakan sekali sahaja.

“Kenapa enam? Sebab nak tunjuk kepada rakyat supaya sokong dialah yang beri makan kepada orang ramai,” jelas beliau.

81578631293 Tbtunmjpg

Tambahnya, kebanyakan kaum Melayu di kawasan bandar masih dihimpit isu kemiskinan.
Sehubungan itu, kaum Melayu sepatutnya sama kaya dengan kaum lain selepas negara mencapai kemerdekaan lebih 60 tahun.

“Tetapi hakikatnya ialah orang Melayu itu miskin sehingga kadang-kadang tanah milik mereka sekangkang kera mereka jual.”

Jelas beliau lagi, apabila kita menjual tanah, kita kehilangan punca pendapatan dan tidak mempunyai harta seterusnya semakin miskin.

Baca : PMX Tak Buat ‘Open House’ Di Seri Perdana, Tapi Akan Diadakan Di 3 Negeri

Ft Perdana Menteri Takbuat Open House Di Seri Perdana

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.