in

Kerajaan Pertimbang Individu Lengkap 2 Dos Vaksin Diberi Beberapa Kelonggaran – PM

Ft Kelonggaran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Individu yang lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 diberi beberapa kelonggaran tertentu. Itu yang sedang dipertimbangkan kerajaan dan menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, ‘keistimewaan’ itu kini sedang dalam perbincangan.

Kata beliau, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) telah diminta untuk mempertimbangkan pergerakan individu lengkap divaksinasi dengan memberikan mereka kelonggaran dari segi perjalanan seperti ke kedai atau makan di restoran.


Makan2

Ini untuk menunjukkan bahawa sementara kerajaan menguruskan Covid-19, kehidupan rakyat sedikit demi sedikit akan kembali semula seperti masa lepas.”

Ini merupakan inisiatif kedepan dan tempoh jangka masa ikut Pelan Pemulihan Negara (PPN) itu, hanya sehingga akhir tahun.”

Jadi bersabarlah, jangan kata kerajaan tak bagi tumpuan. Jangan sekali-kali percaya dengan kempen kerajaan gagal, (minta maaf saya tidak bercakap politik di sini) tapi yakin dengan kerjasama kita, pimpinan dalam kerajaan serta rakyat dan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) kita boleh menang menghadapi peperangan ini.”

Menurut Utusan, beliau akui yakin proses vaksinasi berjalan agak baik dan mengikut jadual serta berharap dalam tempoh beberapa hari mahu pun bulan akan datang, pembekalan vaksin akan bertambah.

Baca: “Bukan taknak buat vaksinasi menyeluruh tapi bekalan vaksin diterima secara berperingkat” – PM

Ft Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.