in

“Bukan taknak buat vaksinasi menyeluruh tapi bekalan vaksin diterima secara berperingkat” – PM

Ft Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan, ramai rakyat menyuarakan pendapat dan berharap agar kerajaan dapat melaksanakan program vaksinasi secara menyeluruh.



Bagaimanapun, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan kononnya kerajaan sengaja tidak mahu melakukannya, lapor MalaysiaGazette. Menurut beliau, program seumpama itu tidak boleh dijalankan kerana kekangan bekalan vaksin Covid-19 yang diterima adalah secara berperingkat.

Kerajaan bukan tak mahu beri vaksinasi secara menyeluruh tapi bekalan vaksin kita kena agihkan kepada seluruh negara dan bekalan vaksin datang berperingkat.”

Kita terpaksa agihkan sedangkan kita boleh buat lebih.”

Pm 1

Baru-baru ini, beliau telah melancarkan Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) Covid-19 iaitu salah satu kerjasama antara kerajaan dan pihak swasta menjalankan aktiviti vaksinasi untuk sektor pembuatan.

Program itu dimulakan di tiga buah negeri iaitu Pulau Pinang, Johor dan Sarawak serta tumpuan akan diberikan kepada subsektor pembuatan yang kritikal. Beliau turut berkata, kerajaan akan memberi perhatian tentang vaksinasi kepada sektor perkilangan bagi mempercepatkan penurunan kes positif Covid-19.

Vaksin 1

Selain PIKAS, program trak vaksin bergerak atau PPV bergerak telah terlebih dahulu dijalankan di beberapa negeri bermula dengan Wilayah Persekutuan. Menurut Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin, kerajaan juga akan memperluaskan inisiatif Trak Vaksin Bergerak dengan memfokuskan kawasan kategori merah di Lembah Klang.

Baca: Kerajaan Akan Tambah Trak Vaksin Bergerak Terutamanya di Kawasan Zon Merah Sekitar Lembah Klang – KJ

Ft Vaccinetruck

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.