in

“Keputusan ini bersihkan kata-kata negatif” – Balu Arwah Abam Lega, Menang Kes Saman Fitnah Ali Puteh

Collage 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kematian arwah Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan dua tahun lalu, kontroversi antara isterinya Nor Hidayah Mohd Ali dan adik Abam, Syed Ali Puteh sering disebut-sebut di media.

Setelah hampir dua tahun turun naik mahkamah, akhirnya Nor Hidayah menang kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya itu.


Keputusan tersebut telah dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan pagi tadi dan memerintahkan agar Ali membayar ganti rugi kepada Nor Hidayah sebanyak RM60,000.

Manakala tuntutan yang dibuat oleh keluarga Abam terhadap Nor Hidayah pula telah ditolak oleh hakim ketika prosiding tersebut.

“Saya lega”

Mgf18022022 Ali Puteh Mahkamah6.Jpg

Bercakap dengan media selepas selesai prosiding mahkamah, Nor Hidayah telah meluahkan rasa lega dan meminta agar orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk diri dan anaknya Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia tiga tahun.

Doakan yang baik-baik untuk saya dan anak saya. Saya dah rasa lega dah.”

Sementara itu, peguam yang mewakili Nor Hidayah pula mengatakan kemenangan itu sekaligus telah membersihkan nama dan reputasi anak guamnya.

Alhamdulillah mahkamah hari ini memberikan keputusan yang mana ia berpihak kepada anak guam kami.

Kami percaya keputusan ini telah membersihkan kata-kata negatif yang dilemparkan kepada anak guam kami dan berharap selepas ini tiada lagi.

Sebelum ini ada kenyataan yang dibuat seolah-olah ada pihak dianiaya oleh anak guam kami tapi hari ini mahkamah telah menjelaskan tiada berlaku sebarang penganiayaan, sebaliknya yang dianiaya adalah anak guam kami.”

Terima keputusan dengan hati terbuka

Mgf18022022 Ali Puteh Mahkamah17.Jpg

Manakala Ali Puteh ketika ditemui selepas prosiding mengatakan yang dia menerima keputusan yang dibuat oleh hakim dengan hati terbuka.

Saya akur dengan keputusan hari ini, saya tak marah atau rasa nak mengamuk.”

Alhamdulillah, selesai jugak akhirnya kes ni.

Sumber: mStar, Gempak, Malaysia Gazette

 

Baca: “Sarang tebuan jangan dijolok” – Kes Saman Balu Abam Bocey Sudah Bermula, Ali Puteh Sedia Pertahan Maruah Keluarga

Screenshot 2022 02 18 At 1.13.05 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.