Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media dan Komunikasi Universiti Malaya (UM), Dr Mohamad Saleeh Rahamad tampil berusara mempertahankan Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Beliau berkata, tiada masalah sekiranya biduanita itu dilantik sebagai pakar Pusat Pendidikan Berterusan atau Universiti Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed).
Artikel berkaitan : Ramai Persoal Lantikan Dato’ Sri Siti Nurhaliza Sebagai Pakar Di UM, Ini Penjelasan Netizen
Artikel berkaitan : Tular Video ‘Mic’ Ditarik David Foster, Netizen Kecewa Siti Nurhaliza Sertai Konsert ‘Hitman Returns’
Jelas Saleeh lagi, hal itu kerana pusat berkenaan bukannya mengeluarkan ijazah malahan Siti Nurhaliza tidak terlibat dalam urusan akademik melainkan yang berkaitan dengan kepakarannya dalam bidang seni suara.
“Siapakah penyanyi nombor satu di negara ini sehingga diterima secara meluas di peringkat antarabangsa? Di negara jiran pun Siti Nurhaliza sangat terkenal.”
“Seorang profesor belum tentu benar-benar pakar dalam bidangnya. Mungkin dia bernasib baik kerana bekerja di sebuah universiti yang ringan syarat kenaikan grednya.”
“Jangan ingat semua pemegang PhD (doktor falsafah) atau profesor di pelbagai universiti sama taraf kepakarannya.”
Saleeh yang juga merupakan Ketua Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), UMCCed harus menjana kewangannya, oleh itu dari segi penjenamaan, nilai imej yang dibawa Siti Nurhaliza disifatkan sangat besar.
Katanya, orang industri yang pakar sebagai pengamal bidang sangat diperlukan sebagai pelengkap kepada kurikulum rasmi UM.
“Kampus UMCCed di Cyberjaya bukan di kampus pusat UM. Tarafnya tidak sama dengan matrikulasi atau asasi. Kepakaran tidak ditentukan oleh ijazah, dan ijazah tidak menentukan kepakaran.”
“Di UM, memang ada program Elite yang melantik seseorang tanpa ijazah tetapi pakar dalam bidangnya untuk memberikan kuliah sesekali secara jemputan.”
Tambahnya, UM juga mempunyai jurulatih industri yang dilantik dalam kalangan pakar yang mempunyai kelulusan tetapi hanya sesekali memberi ceramah.
Jelasnya lagi, dengan perlantikan Siti Nurhaliza sebagai antara barisan penceramah, ia pastinya mampu memberi nilai berbeza selain membawa keseronokan kepada pelajar.
Semalam, timbul satu isu di media sosial berhubung poster yang memaparkan Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebagai lantikan pakar di UMCCed.
Ada segelintir pihak mempertikaikan mengapa penyanyi Bicara Manis Menghiris Kalbu itu dilantik sebagai pakar di UMCCed kerana dianggap tidak memiliki kelayakan yang sepatutnya.
Sumber: Malaysiakini