in

Ramai Persoal Lantikan Dato’ Sri Siti Nurhaliza Sebagai Pakar Di UM, Ini Penjelasan Netizen

Tokti 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai lantikan penyanyi tersohor Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebagai pakar di Universiti Malaya (UM).  Pun begitu, berita baik ini tidak diterima oleh segelintir netizen yang berpendapat penyanyi itu tidak layak menjadi pakar dan tiada kelulusan.


Dato’ Sri Siti Nurhaliza jadi pakar di UM?

Menerusi hantaran seorang pengguna di X, dia mempersoalkan kelayakan dan kelulusan yang dimiliki oleh Dato’ Sri Siti Nuhaliza sehingga dilantik menjadi pakar di universiti terkemuka tersebut.

Artikel berkaitan: Tular Video ‘Mic’ Ditarik David Foster, Netizen Kecewa Siti Nurhaliza Sertai Konsert ‘Hitman Returns’

Artikel berkaitan: “Makin merdu” – Nyanyi Bersahaja Lagu Siti Nurhaliza, Netizen Puji Suara Nabila Razali

Selain itu, ada netizen lain yang menyindir lantikan penyanyi itu kerana ia boleh merosakkan minat para pelajar yang meminati industri hiburan tanah air.

Tokti 1 1

Lantikan merendahkan martabat UM?

Bagaimanapun, jelas di poster yang tular itu bahawa penyanyi tersebut menjadi pakar di Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (Universiti Malaya Centre for Continuing Education) atau nama singkatannya, UMCCed.

Tokti 5
Sumber: x

Oleh itu, ada netizen lain di Facebook turut memberikan respon mengenai perlantikan Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebagai pakar di UMCCed.

Terbacalah kata-kata sindiran, kononnya merendahkan martabat UM. Tokti pakar apa? Pakar nyanyian sahaja yang boleh, kata mereka.

Untuk maklumat, UMCCed ni macam anak UM tetapi swasta, berbayar. UMCCed ni kependekkan bagi UM Centre for Continuing Education. Konsepnya pembelajaran sepanjang hayat. Nak masuk tak payah melalui UPU.

Dia bagaimanapun meminta untuk netizen selidik dahulu penempatan Dato’ Sri Siti Nurhaliza itu di mana sebelum memberikan komen negatif.

Tahulah UM ni nama besar dalam pendidikan. Tahulah bukan calang-calang orang boleh masuk dan belajar di situ, Namun, sebelum memberikan komen, tengok dulu tempat mana yang dinyatakan. Dah terang-terang tulis di bahagian bawah UMCCed. Bukan sebab aku peminat penyanyi nombor satu ini, tapi cuba berlaku adil kepada sesiapa sahaja.

Tokti 4
Sumber: x

Tapi, kalau dilantik pun apa salahnya, kan? Dato’ Siti Nurhaliza memang power dari segi vokal kot!

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.