in

“Kepada tunang, terima kasih kerana sentiasa bersama” –  Bella Astillah Terharu Syed Saddiq Sambut Hari Jadi Anak

Ft Syed Saddiq Bella Astilla

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bulan Julai ini merupakan bulan paling bermakna buat penyanyi, Bella Astillah kerana ia merupakan bulan ulang tahun kelahiran buat kedua-dua anaknya Ayden dan Ara.

Menerusi Instagram miliknya, anaknya Ayden yang lahir tanggal 8 Julai itu sudah berumur 9 tahun, manakala Ara pula berumur 6 tahun pada 18 Julai ini.


Artikel berkaitan:”Kuatkan dirimu” – Ramai Terharu Lihat Hannah Yeoh Turun Mahkamah, Beri Semangat Kepada Bella Astillah

Artikel berkaitan: Bella Astillah Ajak Orang Ramai Hadir Majlis Solat Hajat Buat Tunang Khamis Ini

Sebagai seorang ibu, harapan Bella adalah untuk melihat anak-anaknya itu membesar dengan penuh kasih sayang dan kebahagiaan. Bahkan, Bella juga meluahkan rasa syukur terhadap individu yang menyinari dunia anak-anaknya itu.

“Kepada Ayden dan Ara, selamat hari jadi sayangku. Semoga kamu berdua tahu betapa mendalamnya kasih sayang saya kepada kamu dan betapa berharganya kamu dan bahagia yang kamu bawakan ke dalam hidup saya.”

Dalam pada itu, Bella juga turut meluahkan rasa terharunya buat Syed Saddiq kerana keikhlasannya untuk sentiasa berada di sisi anak-anak Bella.

“Dan buat tunang saya, Syed Saddiq, terima kasih kerana sentiasa ada buat mereka dengan penuh keikhlasan, kesabaran dan kasih sayang.”

“Kebahagiaan yang awak bawa dalam hidup mereka adalah satu anugerah yang akan sentiasa saya syukuri,” katanya sambil memperlihatkan rakaman video pada November 2025 lalu.

Dalam video tersebut, tunang Bella Astillah, Syed Saddiq dilihat sedang bermesra dan meluangkan masa dengan Ayden dan Ara.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.