in

“Kenapa tak masuk sel lelaki?!” – Lepas Berlaku Kekeliruan, Polis Akan Letak Lucinta Dalam Lokap Wanita Tapi…

Lucinta Dilokap

Ahad baru-baru ini, Lucinta Luna dan teman lelakinya telah ditahan Polis Indonesia kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah jenis kokain.

Ketika ditahan di kediamannya dekat Thamrin City, Jakarta Pusat itu, kedua-dua mereka telah disahkan positif selepas menjalani ujian saringan air kencing.

Lucinta6
sumber: instagram
Lucinta5
sumber: blog

Bagaimanapun, berlaku kekeliruan apabila pihak polis tidak tahu sama ada mahu tempatkan Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fatah di lokap lelaki atau wanita.

Lebih mengejutkan, polis turut mengesahkan bahawa ‘teman lelaki’ Lucinta bernama Abash merupakan seorang perempuan dan nama asalnya adalah Diah Ayu Ashari.

Lucinta7
sumber: instagram

Polis turut menahan 2 lagi individu dipercayai rakan mereka dan turut merampas bahan bukti di lokasi kejadian. Terbaru, pihak polis mengesahkan Lucinta Luna akan ditempatkan di blok wanita namun diasingkan di dalam sel persendirian. 

(Lucinta) Belum sampai di (lokap) kita ya, tetapi sudah kita siapkan sel khusus. Sel khusus itu artinya di blok wanita cuma sendirian.”

Lucinta3
sumber: blog
Lucinta10
sumber: blog

Menurut Liputan6, Lucinta akan ditahan selama 20 hari di atas kesalahan penyalahgunaan dadah dan keputusan itu dibuat adalah untuk mengelakkan daripada Lucinta dibuli. Polis juga berkata kebetulan sel di blok lelaki juga sudah penuh jadi disebabkan itu keputusan tersebut dibuat. Yelah tuuu~

Kita pertimbangannya keamanan. Siapa pun tahanan yang masuk di (lokap) kita, kita wajib menjaga kemanannya baik fizikal mahu pun psikologi untuk menghindari dibuli dan sebagainnya. Itu kewajiban kita melakukan itu.”

Kan kebetulan blok pria juga penuh ya, yang wanitanya masih longgar lah cukup.”

Media bagaimanapun tidak melaporkan tentang sama ada ‘teman lelaki’ Lucinta juga akan diletakkan di sel persendirian atau pun tidak.

Baca: “At least dia bercinta dengan perempuan” – Akhirnya Polis Sendiri Bongkar Jantina Sebenar Kekasih Lucinta Luna

Collage 30