in

“At least dia bercinta dengan perempuan” – Akhirnya Polis Sendiri Bongkar Jantina Sebenar Kekasih Lucinta Luna

Collage 30

Berita Lucinta Luna ditangkap di rumahnya semalam kerana dipercayai mengambil dadah sedang kecoh dibicarakan di media-media negara jiran.

Turut sama ditahan termasuk kekasihnya Abash dan pasangan suami isteri yang bekerja dengan Lucinta ini. Namun, apa yang lebih kecoh apabila desas-desus mengenai jantina sebenar kekasih Lucinta kini terungkap!

Menurut merdeka.com, ketika polis melakukan serbuan ke rumah Lucinta, mereka menemui barang bukti seperti pil ecstasy, riklona dan tramadol.

20200212094130 2 Penangkapan Lucinta Luna 005 Khulafa Pinta Winastya
Sumber: merdeka. Com

Kemudian, ketika sidang media, Ketua Polis Metro Jakarta Barat, Audie S Latuheru mengesahkan bahawa jantina sebenar Abash adalah perempuan!

Lucinta mengaku salah satu antara tiga yang ditangkap adalah pasangannya, seorang wanita manakala lagi dua merupakan pasangan suami isteri.”

Kalau korang nak tahu, hubungan antara Lucinta dan Abash ini dikatakan telah terjalin selama lebih setahun dan mereka berdua sering kongsikan gambar-gambar mesra mereka di Instagram peribadi.

Sebelum ini, bekas pengurus Lucinta pernah membongkar identiti Abash dengan memuatnaik gambar kad pengenalannya di media sosial menunjukkan jantina dan nama sebenar Abash iaitu Dian Ayu Ashari. Amboi! Sedapnya nama. Namun pasangan kekasih ini tetap menafikan jantina sebenar mereka kepada umum.

Foto Ktp Abash Rev2
Sumber: merdeka. Com

Walaupun Abash sering tampil dengan imej seperti lelaki, hanya baru-baru ini dia mula tampil dengan imej baru yang lebih berisi serta muka yang bermisai dan berjambang.

Penampilan Baru Rev2
Sumber: merdeka. Com

Ketika ditahan, pihak polis telah meletakkan Lucinta di sel perempuan namun tak dapat dipastikan sama ada Abash masuk lokap perempuan atau lelaki.

 

Baca: Lucinta Luna Ditahan Disyaki Ambil Dadah, Tapi Polis Keliru Nak Letak Lokap Lelaki Atau Wanita

Featured 23