in

“Kenapa tak buat kat KL?” – MAEPS Serdang Dipilih Lokasi PBAKL 2020, Netizen Pakat Bantah

Untitled Collage 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur adalah antara lubuk yang akan diserbu jemaah pencinta local bookscene seMalaysia, untuk mendapatkan hasil terbitan anak tempatan mahupun luar negara dalam pakej yang lebih murah.


Pusat Dagangan Dunia Putra pula, memang dah sinonim sangat sebagai lokasi pesta ini dianjurkan — jadi memang strategiklah, disebabkan kedudukan PWTC ni di tengah-tengah pusat bandar.

Kalau susah nak cari parkir, boleh opt untuk naik public transport yang tersedia. Lepas tu kalau dah berhabis duit kat buku dan terasa nak pergi tempat lain, boleh menapak ke Sunway Putra Mall untuk rehat sambil makan atau sambung tengok wayang pula.

Best kan? Banyak benda boleh buat dalam satu lokasi.

Tapi, tahun depan pesta ini akan dianjurkan di sebuah lokasi lain dan bila kita sebut je — automatik imej produk-produk agrotani akan muncul dalam kepala.

Ye tekaan korang betul! MAEPS akan jadi venue PBAKL 2020!

Maeps

Tapi pemilihan lokasi ni membuatkan sebilangan netizen terkilan, sebab kata Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia — tapi kenapa buat kat Selangor?

So, ini antara keluhan netizen yang tak berapa setuju pesta buku tahun depan diadakan di MAEPS.

Pbakl1

Pbakl2

Pbakl3

Selain itu, seorang pengguna Twitter, @zamirmohyedin turut menyenaraikan beberapa sebab kenapa pemilihan MAEPS sebagai lokasi PBAKL 2020 perlu dibantah.

Pbakl4

Namun, ada juga yang memaklumkan menerusi maklumat dalaman yang diperoleh — keputusan penukaran venue itu dibuat kerana melihat penurunan jumlah kehadiran pengunjung setelah penganjuran pesta itu dibuat semula di PWTC pada 2017.

Pbakl5

Pbakl7 1

Hmm, so pendapat korang macam mana?

 

Baca: “Letak lambang botol arak baru ok ke?” – Netizen ‘Mengamuk’ Dengar Replika Buku Menara DBP Dirobohkan, Ini Kata Orang Kuat DBP

Capture 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.