Persengketaan antara personaliti media sosial, Ojen Aiwah dan TikToker Tareq Fit dilihat masih belum menemui garisan penamat apabila mereka didakwa saling berbalas kenyataan menerusi platform media sosial Threads.
Ia bermula apabila Ojen bersama rakan-rakan pempengaruh lain berpeluang untuk menikmati juadah di Rembayung dan ia dikongsikan oleh Khairul Aming. Pemilik restoran Rembayung itu juga kelihatan teruja dengn kehadiran mereka dan juadah yang mereka tempah.
Artikel berkaitan: “Jangan main agama lah” – Ojen Nak Saman Tareq Fit Bukan Sebab Isu Peribadi
Artikel berkaitan: “Duit kau ada, aku ada Allah” – Bakal Disaman Ojen Aiwah, Tareq Fit Tidak Gentar
“Lauk nampak sedap, tapi kenapa ramai lembut-lembut?” – Tareq Fit
Bagaimanapun, Tareq Fit yang cukup lantang dalam menzahirkan pendapatnya di media sosial ini telah tampil memberikan respon dengan mempersoalkan mengapa ramai lelaki lembut dalam foto yang dimuat naik oleh Khairul Aming itu.

Terpanggil dengan respon sebegitu, Ojen Aiwah tampil memberikan respon menerusi Threads miliknya. Dia mempersoalkan apa salahnya jika seseorang lelaki itu dilahirkan dengan sifat lembut.
Lebih menyedihkan, Ojen memberitahu dia telah meminta maaf kepada ibunya kerana dilahirkan dengan perwatakan sebegitu.
View on Threads
Sebagai rekod, Ojen Aiwah sebelum difahamkan telah memfailkan tindakan undang-undang berkenaan dengan kenyataan Tareq Fit yang dianggap menjatuhkan reputasi perniagaannya.
Namun begitu, Tareq Fit memberi respon bahawa dirinya tidak gentar dengan tindakan saman yang dikemukakan oleh Ojen atau nama sebenarnya Mohd Ruzain Ahza Bin Mohd Rosli itu.
Sumber : Threads
