in

Kenapa Kena Tutup Seluruh Malaysia? Ini Rentetan Masalah Tealive

Tealive Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas dah ada ura-ura mengatakan Tealive bakal gulung tikar selepas mendapat arahan dari mahkamah. Hal ini merupakan masalah dalaman antara dua syarikat bubble tea terbesar di Malaysia iaitu Loob Holding Sdn Bhd dengan La Kaffa International Co Ltd yang berpusat di Taiwan.


Apa sebenarnya yang terjadi ni? Rasanya dulu pun kedua syarikat ni pernah naik mahkamah atas pelbagai isu. Jom kita ikuti rentetan masalah Tealive ini.

 

1. Pertikaian Chatime – Tealive

Semuanya bermula bila franchisor Chatime berpengkalan ni Taiwan (La Kaffa International Co Ltd) mendakwa franchisee Malaysia (Loob Holding Sdn Bhd) melanggar perjanjian. Dipendekkan cerita, La Kaffa tamatkan perjanjian francais dan Loob buat penjenamaan semula di semua cawangan mereka guna nama Tealive pulak.

Tapi kisahnya tak habis kat situ sebab banyak lagi drama yang tak dipertontonkan kepada orang ramai. Terbaru, Tealive katanya diarahkan oleh Mahkamah Rayuan Malaysia untuk hentikan operasi. Dalam erti kata lain, dorang kena tutup kedai lah.

Will Group The New Master Franchisee For Chatime Malaysia
sumber: blog

 

2. Sebab La Kaffa bawa Loob ke Mahkamah

La Kaffa lantik Loob jadi francais masa tahun 2011. Bila dah jadi francais ni kena la ikut perjanjian yang ditetapkan. Maknanya kalau franchisor benarkan untuk jalankan operasi perniagaan guna jenama dan konsep dia barulah kita boleh guna. Jadi tak boleh la suka-suka guna harta intelektual franchisor.

Tapi disebabkan dua sebab ni La Kaffa bawa Loob ke Mahkamah:

  • Menangguhkan bayaran
  • Menggunakan bahan mentah yang tak diluluskan.

Jadi lepas tu Loob kena bayar penalti dekat La Kaffa sebab langgar perjanjian yang dorang dah persetujui sebelum ni.

32582783380 7A8D77Da6B O
sumber: blog

 

3. Mahkamah Tinggi tak minta Loob henti jual Bubble Tea

Lepas semua benda yang jadi ni, La Kaffa tak puas hati dengan keputusan awal Mahkamah Tinggi Malaysia jadi dia merayu pasal dua benda ni. Iaitu supaya Mahkamah Tinggi;

  • Keluarkan perintah larangan supaya Loob berhenti mengoperasikan Tealive atau perniagaan lain yang serupa dengan Chatime.
  • Keluarkan perintah wajib untuk Loob mengembalikan semua maklumat sulit dan dokumen berkaitan Chatime kepada La Kaffa.

Untuk lebih mudah faham, mulai saat ini kita akan refer La Kaffa sebagai Chatime dan Loob sebagai Tealive. Mahkamah Tinggi kemudiannya mengeluarkan perintah wajib kepada Tealive, tapi tidak keluarkan perintah larangan. Maknanya Tealive masih boleh beroperasi dan jual Bubble Tea dia kat Malaysia.

Download
sumber: blog

 

4. Mahkamah Rayuan tak benarkan Loob jual bubble tea

Chatime tak setuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi jadi dia buat rayuan kat Mahkamah Rayuan pulak. Mahkamah Rayuan setuju dengan Chatime dan keluarkan perintah larangan kat Tealive.

Sebab mereka keluarkan perintah larangan tu adalah kerana;

  • Tak dibenarkan dalam kontrak dan perjanjian
  • Biarpun dah beri pampasan, Tealive tetap tak boleh teruskan operasi sebab undang-undang tak benarkan
  • Tidak setuju dengan dakwaan impak negatif yang diberikan Tealive
32148998293 C65Cf92Fdb O
sumber: blog

 

5. Maknanya Tealive kena tutup ke tak?

Hasil daripada keputusan Mahkamah Rayuan, Tealive memang kena tamatkan sebarang operasi penjualan di cawangan-cawangan mereka ataupun perniagaan lain yang boleh menjadi persaingan kepada Chatime.

Kalau Tealive tidak akur pada perintah mahkamah ni, dorang boleh dianggap ingkar arahan Mahkamah. Maknanya boleh kena denda atau masuk penjara tau! Tapi kes ni tak berakhir di sini sebab katanya Tealive nak buat rayuan jugak pasal ni.

32582783540 944Ba89Eb6 O
sumber: blog

Apa yang lebih pening, dua-dua pihak ni katanya bersetuju nak selesaikan hal ni melalui arbitration di Singapore pulak. Arbitration ni lebih kurang macam dua-dua setuju nak satu pihak yang neutral tolong selesaikan hal ni untuk dorang.

Kita tunggu apa pula yang akan jadi lepas ni!

Baca: Tealive Bakal Ditutup?

Oo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.