in

“Kenapa dia satu dos boleh kerja sini” – [VIDEO] Individu Melenting Dihalang Masuk Premis Sebab Tak Cukup 2 Dos

Ft Lelaki Bengang Tak Dapat Masuk Kedai 1 Dos Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan telah memberikan kelonggaran kepada mereka yang mempunyai vaksinasi lengkap dan boleh masuk ke premis-premis yang dibuka. Namun begitu, ia tertakluk kepada mereka yang dah lengkap 14 hari selepas dos kedua.



Bagaimanapun, peraturan ini untuk pelanggan dan kemungkinan pekerja pula boleh jika hanya ada dos pertama, ya lah sektor ekonomi kan dah lama terbengkalai. Namun begitu, perkara ini menjadi satu isu buat individu ini.

 

Kenapa dia satu dos boleh kerja sini”

Satu video viral di Twitter sejak semalam apabila ada individu nak cuba masuk ke sebuah kedai perabot dan elektronik di Bukit Tinggi, Klang, tetapi dia dihalang oleh sekuriti kerana hanya lengkap satu dos.

Tak puas hati, video itu memperlihatkan seorang lagi staf datang kepadanya lalu mempertikaikan bahawa pekerja sekuriti itu hanya ada satu dos sepertinya tapi boleh kerja di premis tersebut.

Kakitangan di premis itu menjelaskan bahawa mereka mengikuti arahan kerajaan, namun , individu terbabit kerap mempertikaikan mengapa staf hanya dapat satu dos boleh ada di dalam premis itu.

Video berdurasi 2 minit 20 saat itu telah meraih 1.6K jumlah retweets dalam masa 16 jam ia dimuatnaik di Twitter.

Rata-rata netizen bengang dengan tindakan perakam (individu yang mempertikaikan kakitangan) itu.

 

Customer dari neraka – Netizen

Lelaki Bengang Tak Dapat Masuk Kedai 1 Dos Vaksin 6 Lelaki Bengang Tak Dapat Masuk Kedai 1 Dos Vaksin 5 Lelaki Bengang Tak Dapat Masuk Kedai 1 Dos Vaksin 4 Lelaki Bengang Tak Dapat Masuk Kedai 1 Dos Vaksin 3 Lelaki Bengang Tak Dapat Masuk Kedai 1 Dos Vaksin 2 Lelaki Bengang Tak Dapat Masuk Kedai 1 Dos Vaksin

Dalam pada itu, ada beberapa netizen kongsikan bahawa, ada kemungkinan premis tidak cukup staf jadi mereka terpaksa meminta bantuan daripada pekerja yang hanya satu dos.

Terbaru, Perdana Menteri Malaysia ada buat pengumuman semalam bahawa mereka yang tinggal di kawasan PPN Fasa 1 dan dah lengkap 14 hari selepas mendapatkan dos kedua dibenarkan untuk dine-in di restoran dengan syarat patuh SOP, pengumuman itu dibuat menerusi satu kenyataan dan ia mula dikuatkuasakan hari ini.

 

Baca : “Jauhnya ambil vaksin” – [VIDEO] Netizen Terkejut Remaja Ambil Vaksin Sampai Luar Negara, Rupanya…

Ft Vaksin

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.