Memang dah banyak kali berlaku kes pembuangan bayi di seluruh dunia. Macam biasalah, kebanyakan alasan yang mereka selalu gunakan adalah di sebabkan terlanjur dan tidak bersedia lagi untuk membesarkan anak yang dilahirkan itu. Amboii senang ye!
Baru-baru ni, tular di laman Twitter mengenai sebuah video lebih kurang 1 minit 4 saat menunjukkan dua orang lelaki sedang menyelamatkan bayi yang telah di buang dalam tong sampah.
https://twitter.com/imaginaryworldx/status/1212004811584851968?s=20
Namun begitu, melalui suara dalam video tersebut boleh didapati bahawa kejadian ini berlaku bukannya di Malaysia sebaliknya di luar negara.
Tambahan pula, di persekitaran tempat bayi malang itu di buang, ada bungkusan kotak yang mempunyai tulisan dipercayai berasal dari negara Timur Tengah.
Video ini bermula apabila lelaki yang merakam itu seperti terdengar suara tangisan dari dalam beg plastik hitam yang diletakkan dalam tong sampah.
Dia kemudiannya segera pergi menuju ke tempat itu dan mengambil bungkusan plastik hitam tersebut.
Selepas dia membuka plastik hitam itu, apa yang mengejutkan adalah, terdapat seorang bayi yang diselimuti dengan kain.
Bayi malang yang ditinggalkan itu kelihatan sihat dan masih lagi bernyawa walaupun diikat ketat dalam plastik hitam itu.
Rata-rata netizen yang menonton video ini berasa geram akibat daripada tindakan individu yang tidak bertanggungjawab membuang bayi tersebut.
Kesiannya bayi tu, dah la tak tahu apa-apa. Tiba-tiba kena buang pula. Buang dalam tong sampah pula tu. Kalau tak nak sekalipun, jangan lah buang dekat tong sampah, boleh je cari tempat lain yang lebih selamat. Semoga bayi tu panjang umur dan membesar dengan sihat.
Baca: “Ni bukan anak haram” – Ibu Buang Bayi Sebab Takut Anak Kena Jual Dengan Suami