in

“Ni bukan anak haram” – Ibu Buang Bayi Sebab Takut Anak Kena Jual Dengan Suami

Collage 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hampir setiap hari kita baca berita tentang pembuangan bayi, dan rata-ratanya dah tentulah ada sebab tersendiri. Antara sebab yang common adalah melahirkan anak luar nikah.


Namun kes yang berlaku di negara jiran kita ni lain pula. Seorang penduduk Ranuyoso, Jawa Timur Indonesia telah menemui seorang bayi perempuan di luar rumahnya pada malam Khamis lalu.

Lelaki ini menemui bayi perempuan tersebut di dalam kotak di depan pintu rumahnya sebelum menyerahkan bayi tersebut kepada pihak polis.

Menurut Sosok, Sakor mengatakan pada awalnya dia takut ada barang berbahaya dalam kotak tersebut. Namun bila diperiksa dia menemui seorang bayi yang baru lahir.

Sakor kemudiannya membuat laporan polis sebelum bayi ini di bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Pihak perubatan menemui yang bayi seberat 2.7kg ini dilahirkan sendiri oleh ibunya tanpa bantuan petugas kesihatan.

298499314
Sumber: sosok

Selain bayi, pihak berkuasa juga menemui sepucuk surat yang menyayat hati yang diletakkan di dalam kotak bersama bayi malang ini.

Anak saya mau dijual sama suami saya, aku takut kalau dijual dia dibunuh. Kalau ada orang tanya, mbak dikasik sodara mbak, sampai kapan pun anak ini akan jadi anak kalian.

Aku iklas, ini bukan anak haram lo. Aku terpaksa karna takut anak saya dijual.”

1633696746
Sumber: sosok

Dari isi surat ini, polis mengesyaki yang pembuang bayi tersebut adalah ibu kandung bayi perempuan ini.

Pihak polis Lumajang masih mencari motif disebalik pembuangan bayi ini walaupun ia dah dinyatakan dalam surat tersebut.

“Walaupun terdapat pesan bersama bayi tersebut, saya tetap akan menyiasat motif disebalik pembuangan bayi ini. Apa pun alasannya, tindakan ini adalah salah.”

Kalau betul ibu bayi ni hanya berniat nak selamatkan anak dia, harapnya pihak polis dekat sana dapat tangkap suami dia supaya dia boleh hidup aman dengan anaknya.

 

Baca: “Dah tahu miskin tak payahlah buat anak” – Ibu Anak Lima Buang Anak Dalam Tong Sampah Sebab Miskin

Screenshot 2019 08 13 At 11.14.02 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.