in

“Kenapa beralih ‘gender’ ni?” [Video] Netizen Over Confident Tertukar Sissy Iman Dengan Zizi Kirana. Lawak Wei!

Dd 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak excited kalau dapat bercakap dengan artis kegemaran kita betul tak? Kadang-kadang sebab teruja sangat sampai tersasul-sasul dibuatnya.


Penyanyi muda Sissy Iman sebentar tadi ada berkongsi satu video sesi temu ramah dalam sebuah rancangan bual bicara tempatan.

Video yang dikongsikan di Twitter itu menunjukkan seorang peminat membuat panggilan untuk bertanyakan soalan kepada artis undangan.

Apa yang menariknya adalah peminat tersebut mempersoalkan kenapa Sissy bertukar ‘gender’. Malah telah tertukar Sissy Iman dengan penyanyi rap Zizi Kirana.

Dalam perbualan tersebut, peminat itu mengatakan…

“Sissy apa-apa pun akak rasa teruja, kenapa ni tiba-tiba beralih gender?”

“Lagu Eh Eh tu kan, akak jadikan caller ringtone untuk anak akak tau!”

Pernyataan itu membuatkan Sissy Iman terkejut dan terhibur sambil mengatakan beralih ‘genre’ dan bukan gender. Sissy juga mengatakan penyanyi sebenar lagu Eh adalah Zizi Kirana. Aduh lawak laa akak ni.

D 3 2

Dalam Tweet lain, Sissy turut memuji dan menghargai keterujaan peminatnya walaupun ada kalanya tersilap.

“Haha apa pun Sissy puji akak ni sebab dia punya level appreciative dia sanggup call untuk express keterujaan dia. Tak kisah la kalau dia tersilap orang tapi it takes a good heart untuk puji and ckp yang baik-baik tentang orang lain.”

 

Bukan senang tau nak dapat cakap dengan artis kegemaran kita. Biasa laa kalau tersalah cakap sikit. Min dulu dapat cakap dengan Tok Ti pun tergagap-gagap jugak.

Baca: ‘Adoi, sakit perut aku..’ – Lawak! Selepas PUBG Disekat, India Kini Hasilkan ‘PABJE’ Versi Mereka

D2 5
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.