in

‘Adoi, sakit perut aku..’ – Lawak! Selepas PUBG Disekat, India Kini Hasilkan ‘PABJE’ Versi Mereka

Gambar Hiasan 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang korang tahu, kerajaan India telah mengharamkan lebih 118 aplikasi telefon pintar yang mempunyai kaitan dengan negara China atas faktor ‘keselamatan siber’, termasuklah permainan telefon pintar popular, PlayerUnknown Battleground (PUBG).


Keputusan tersebut dibuat selepas pertelingkahan geopolitik antara kedua-dua negara yang membabitkan berkenaan isu sempadan negara.

Pun begitu, rakyat India tidak perlu tunggu lama untuk mencari ‘pengganti’ kerana Player And BattleJung Ends (PABJE) ada untuk menawarkan pengalaman yang ‘serupa’ seperti PUBG.

PABJE adalah permainan aplikasi pintar yang dibuat oleh seorang rakyat India, dan telah berada di Google Play Store sejak 2019 lagi.

Walaupun dicemuh dan dijadikan sebagai bahan jenaka, permainan ini seharusnya menjadi sesuatu yang boleh dibanggakan oleh India kerana permainan video ini dicipta dan dibuat oleh seorang individu sahaja! Wow! Bukan senang tau nak buat game sesorang..

1 8

Bagaimana pula dengan sambutan permainan PABJE ini kurang memuaskan, namun disebabkan PUBG telah diharamkan, PABJE menjadi popular  gara-gara ramai yang mahu mencuba permainan ini.

Majoriti pengguna meluahkan rasa kecewa kerana grafiknya yang tidak cantik serta permainan yang langsung tidak fun seperti permainan PUBG yang asal.

Kira okay la tu.. nak buat game bukan senang, sorang pulak tu..

 

Baca: Wow! Sebab Nak Jadi ‘Sultan’ Dalam PUBG, Remaja Ini Songlap RM 90,000 Duit Mak Ayah

Capture 19

Sumber: Google Play

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.