Makan hanya berlaukkan telur, kadang kala air suam sebagai kuah. Tidur pula dalam ruangan sempit dengan katil usang.”
Menurut Awani, itulah kehidupan yang ditempuh oleh lebih 80 orang pelajar sebuah sekolah pondok terletak di Pasir Putih, Kelantan. Kesemua pelajar itu bagaimanapun dikatakan bertahan dan cekal untuk menuntut ilmu di situ demi menamatkan pengajian untuk bergelar tahfiz.
Pusat tahfiz persendirian, dibina atas tanah wakaf
Madrasah tahfiz itu adalah pusat tahfiz persendirian yang dibina di atas tanah yang diwakafkan. Mereka mempunyai pelajar seawal usia 8 hingga belasan tahun.
Ketika tinjauan Awani, salah seorang pelajar di madrasah itu berkata nasi hanya berlaukkan telur dadar bukanlah sesuatu yang baru. Katanya, sudah selalu murid di sana dihidangkan makanan sebegitu dan mereka diberi makan 3 kali sehari iaitu pada waktu pagi, 2 petang dan 10.30 malam.
Difahamkan, madrasah itu serba daif dek kerana dana yang diterima hanya sebanyak RM10,000 setahun dan ianya tidak cukup untuk membiayai segala kebajikan pelajarnya.
Makan berlaukkan telur, air suam dijadikan kuah. Itu kehidupan yang ditempuh lebih 80 orang pelajar sebuah sekolah pondok di Pasir Putih, Kelantan.#AWANInews pic.twitter.com/Hmx3rJCAxE
— Astro AWANI (@501Awani) January 14, 2020
Netizen beri kritikan, tak perlu buka madrasah jika tak cukup kewangan
Melalui posting di Twitter, ramai netizen yang tidak gemar dengan berita tentang kedaifan madrasah serta mengkritik pihak berkenaan kerana tidak dapat menjaga kebajikan pelajar disebabkan kekangan wang.
Kalau mampu, betul2 ada duit baru bukak madrasah & register ikut saluran yang betul.
Kalau duit tak banyak, tak payah la bukak sekolah pondok. Bila tak ada duit, disuruh students ni keluar pergi pam minyak, duduk depan mesin ATM minta derma dari org ramai. Tak BERTANGGUNGJAWAB! https://t.co/clQYlfT5Yq
— Muhammad HafizRayyan (@HafizRayyan) January 14, 2020
Bagi mereka, pusat tahfiz persendirian perlulah ada perancangan kewangan yang teratur dan berdaftar mengikut saluran yang betul agar boleh dapat bantuan daripada kerajaan.
Netizen juga menganggap tindakan pihak yang menguruskan madrasah sebagai tidak bertanggungjawab serta menganiaya pelajar tahfiz kerana tidak dapat menjaga kebajikan mereka.

Tak semua netizen mengkritik, ada yang komen positif
Dalam pada ramai memberi kritikan terhadap madrasah ini, ada juga golongan yang memberikan komen positif. Mereka juga tidak bersetuju dengan segelintir netizen yang hanya tahu nak mengkritik dan terus menerus mencari kesalahan.

Wartawan beri penjelasan, minta netizen tak beri komen tanpa memahami situasi sebenar
Fandi Muhamad yang merupakan wartawan Astro Awani di Kelantan sempat menjelaskan lebih lanjut tentang madrasah itu selepas membuat liputan dan mendapat gambaran yang lebih jelas.
Katanya madrasah itu merupakan warisan kepada pemilik asal yang sudah meninggal dunia. Fandi juga berharap netizen tidak hanya memberi komen tanpa turun padang untuk lihat dengan mata kepala sendiri.

Apa pendapat korang tentang isu ni?