Dalam menderma atau bersedekah pun kena ada adab dia, bukannya kena ‘asal boleh je’ sebab kadang-kadang ia boleh disalah tafsir dengan niat dan keikhlasan kita.
Apabila pihak yang menerima itu tersinggung, pasti mereka anggap ia seolah-olah satu hinaan. Dari situ amalan kita dah terjejas sebab niat tu macam dah tak betul mcam kes ni.
DIA mungkin berniat baik, tetapi caranya tidak betul dan tindakannya itu membuatkan saya kesal”
Menerusi Harian Metro, Zakiyatul Nisa Martias menzahirkan rasa kesal kerana ada individu yang tidak dikenal pasti menyumbang makanan ke pusat tahfiz Taman Keramat, Kuala Lumpur, tetapi meletakkan makanan itu dalam plastik sampah.
Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada14 September lalu dan dikongsikan salah seorang tenaga pengajar di pusat tahfiz berkenaan menerusi kumpulan aplikasi WhatsApp.
“Ahad lalu, saya ke pusat tahfiz untuk mengambil anak buah yang berada di situ dan menggunakan kesempatan itu bagi bertanya lebih lanjut dengan ustaz berkenaan mengenai perkara sebenar.”
Bagaimanapun ustaz di pusat tahfiz tersebut melarang pelajar makan kerana makan itu dikuatiri memberikan kesan buruk kerana dibungkus dalam plastik sampah.
Baginya, tindakan terbabit keterlaluan memandangkan ada saluran betul untuk membantu sekiranya benar-benar ikhlas.
Ada adab dalam bersedekah dan janganlah bersikap asal boleh saja kerana sekiranya berlaku perkara tidak diingini, pusat tahfiz yang dipersalahkan dan perlu bertanggungjawab.”
Bagi Zakiyatul lagi, tindakan seperti itu jelas merendahkan pelajar dan pengurusan tahfiz seolah-olah mereka kebulur untuk makan hingga tergamak bersedekah dengan cara sebegitu.
Tindakan itu telah mengundang kemarahan warganet, kerana dianggap layan pelajar tahfiz ni macam haiwan.
Kau buat macam nak bagi haiwan sisa makanan jer. Tak beradab langsung! – Netizen
Ada yang beranggapan bahawa individu yang memberikan makanan tersebut disedekahkan sebab ada lebihan daripada lauk kenduri.
Ada juga yang bersimpati dengan nasib anak-anak tahfiz dilayan sedekmikian rupa. Seperti yang dikatakan tadi, nak bersedekah kena lah ada adab.