in

“Kenangan paling indah” – Ramai Terharu Lihat Video Para Wanita Sambut Kelahiran Bayi Di Bahu Jalan

syaz ft 2025 08 12T155150.138

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah video tular di TikTok hari ini yang memaparkan kesatuan wanita-wanita di mana mereka menyambut kelahiran seorang bayi di bahu jalan.

Dalam video yang dikongsikan oleh @umisyarifahshop itu difahamkan kejadian itu berlaku di tepi jalan Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, Johor, lebih membuatkan insiden itu diingati, keadaan cuaca pada masa itu sedang hujan.


Artikel berkaitan: “Bersalin di dunia, berpantang di syurga” – Suami Doakan Isteri Syahid Bersalin Buat Netizen Sebak

Artikel berkaitan: Bapa Gigih Jual Baju Secara Livestream Di Hospital Sementara Tunggu Isteri Bersalin

@umisyarifahshop

saya bersama akk indian dan yang lain membantu menyambut kelahiran seorang bayi di bahu tepi jalan Taman Bukit Dahlia,Pasir Gudang dalam keadaan berhujan. TERIMA KASIH SEMUA KORANG SEMUA MEMANG HEBAT .. bagi tuala baju tudung semua .. Video ini dirakam kerana orang ramai yang lalu menyangka kemalangan namun perkara sebaliknya berlaku. #pasirgudang #johorbahru #fyp #official #kotamasai #bersalintepijalan#astro #utusanmalaysia #pama #sinar#metro

♬ suara asli – Om Anggara98 – Om Anggara98

“Terima kasih semua korang memang hebat, bagi tuala baju tudung semua.

Video ini dirakam kerana orang ramai yang lalu menyangka kemalangan namun perkara sebaliknya berlaku,” tulisnya di kapsyen.

Menerusi ruangan komen, difahamkan pasangan suami isteri ini dalam perjalanan ke hospital dengan menaiki motosikal, namun tanpa diduga isterinya tidak boleh tahan lagi dan kemudiannya selamat melahirkan dengan bantuan wanita-wanita itu.

Ramai netizen yang memuji tindakan tangkas wanita-wanita itu semua, mereka juga dihujani dengan doa-doa positif.

cats 5

Lebih mengejutkan, kesemua wanita itu tidak mempunya latar belakang perubatan seperti doktor atau jururawat, sebaliknya mereka hanya mengikuti video sahaja.

Siapa kata rakyat Malaysia tak bersatu hati? 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.