in

“Kena tuduh ambil dadah” – Netizen Sindir Zulin Suruh Buka Tudung Sebab Pakaian Makin Ketat Sejak Dah Ramping

Zulin Ajizzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai yang terkejut dan terpukau dengan perubahan Zulin Aziz baru-baru ini yang berjaya menurunkan berat badannya sehingga 10kg dalam masa satu bulan.


Kini Zulin berjaya mendapatkan badan yang lebih ‘fit’ dan langsing seperti yang diinginkannya. Selain menjaga pemakanan, Zulin juga akui menggunakan khidmat jurulatih peribadi untuk melakukan rutin senaman.

 

Kena tuduh pergi sedut lemak, ambil dadah

Bagaimanapun, menurut petikan blog Zulin berkata ramai netizen yang menuduh dia mendapatkan rawatan sedut lemak dan menggunakan bahan terlarang untuk turunkan berat badan secara drastik.

Ada yang menuduh cakap saya sedut lemak dan cakap saya ambil dadah pun ada. Ikutkan sejak PKP lagi, boleh tengok video keadaan (badan) saya masih tembam lagi. Ia adalah proses.”

 

Disindir suruh tanggal tudung

Bukan itu saja, menurut Zulin lagi ramai yang turut menyindir dirinya dengan menyuruh dia buka tudung kerana sudah mula berpakaian ‘fit’ sejak badannya langsing.

Namun, dia tidak melatah sebaliknya akui akan memperbaiki diri serta menerima teguran mana-mana individu tentang kekurangannya dalam hal itu.

Dalam hal ini, saya akui ada kalanya terleka dan tak perasan. Ia khilaf sendiri. Teguran orang buat saya tersentak dan lekas sedar. Saya tak marah, sebaliknya menghargai teguran membina.”

 

Baca: Ramai Terkejut Tengok Adele Dah Kurus Sampai Nampak Tulang Selangka, Rupanya Dia Buat Diet Ekstrem?

Collage 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.