Perkara paling tak best ketika bercuti dan menginap di sesebuah tempat penginapan adalah apabila diganggu makhluk halus. Korang pernah merasai pengalaman seram ini?
Terbaharu, pelakon dan pengacara Zulin Aziz telah berkongsi pengalaman dirinya diganggu oleh makhluk halus ketika menginap di sebuah hotel di Cameron Highlands bersama suaminya, Farhan Norzaini.
Pengalaman seram itu dikongsi sendiri oleh Zulin menerusi TikTok, menyatakan bahawa dia alami gangguan mistik sehingga hampir tiba waktu subuh.
“Lama tak pergi Cameron Highlands. Tapi kena kacau hantu memang tak kelakar ya!
“Tak cukup tidur. Dia ganggu sampai nak masuk subuh. Mengantu-mengantuk pagi tu terus checkout. Nasib baik breakfast sedap,” kongsinya.
“Kesan tapak tangan, bunyi perabot…”
Ujarnya lagi, Zulin mengatakan bahawa dia diganggu dengan bunyi bising, salakan anjing serta bunyi perabot seperti ditarik oleh ‘seseorang’ yang membuatkan dia dan suami terpaksa checkout awal pagi kerana tidak tahan dengan gangguan berkenaan.
“Masa mandi, tiba-tiba ada bekas tapak tangan dekat cermin. Ko ghase??? Bunyi bising, anjing menyalak, tarik perabot. Lepas ni aku pergi Cameron Highlands balik hari je lah. Siang indah…Malam seram oi,” tulisnya.
Ramai kongsi pengalaman seram
Perkongsian Zulin telah mendapat pelbagai reaksi netizen, ada yang turut berkongsi mengalami gangguan mistik ketika bercuti di sana.
Sementara itu, ada juga yang memberi saranan jangan menginap di tempat yang tidak ramai orang dan sunyi.
Seram pula min baca bila ramai yang kena kacau ni…
Baca: Individu Kongsi Pengalaman Seram Ketika Pergi Ke 5 Tempat Paling ‘Berhantu’ Di Malaysia