in

“Kena sihir, dekat Tik Tok sakan bergelek pula” – Dikecam Menari, Isteri Caprice Bagi Respon

Ft Isteri Caprice Respon Bergelek Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, Caprice ada kongsikan dugaan yang dia terpaksa harungi ketika berumah tangga apabila penyanyi rap itu keadaan isterinya yang dikatakan terkena sihir.

Tak lama selepas perkongsian itu, timbul pula isu apabila netizen mempersoalkan ‘sakit’ yang dialami oleh isterinya, Farra Inalis itu apabila…


 

Kalau takde benda positif saya diam, peribadi saya dan suami sangat berbeza – Farra

https://www.tiktok.com/@elis620/video/7038477799803358491?referer_url=https%3A%2F%2Fwww.xtra.com.my%2Fhiburan%2Fsibuk-tuding-jari-tapi-isteri-sendiri-kelaut-sakan-bergelek-netizen-persoal-isteri-caprice-betul-ke-kena-sihir%2F&referer_video_id=7038477799803358491&refer=embed

Netizen lihat Farra berjoget sakan di TikTok. Terpanggil dengan segala kritikan netizen, Farra tampil beri respon berkenaan dengan isu tersebut baru-baru ini.

@

♬ –

Katanya, dia banyak terima DM di Instagram baru-baru ini, biarpun ada yang memberi kata-kata sokongan, ada juga yang mempertikaikan ‘sakitnya’ itu dan Farra menjelaskan bahawa dia memilih untuk tidak mendedahkan sudut itu kepada umum.

“Pertama sekali, lately ni Lis banyak terima DM daripada korang dan saya baca semua. Ada yang mendoakan, ada yang bercerita mengenai sihir dan ada juga yang judge.

“Ada juga netizen yang mula judge saya, sebab katanya dekat IG suami kena sihir, dekat Tik Tok sakan bergelek pula. Eh, abang kakak what do you expect? Awak nak saya tunjuk muka lesu? Nak saya cerita yang saya tak lalu makan? Saya tak suka tunjuk benda negatif pada pengikut saya. Jadi kalau takde benda positif saya diam,” katanya.

Tegasnya lagi, keperibadiannya dengan Caprice juga ada bezanya dan mereka pernah bergaduh mengenai hal ini.

“Kalau nak tahu secara peribadi saya dan suami sangat berbeza. Sebab apa, saya lebih suka simpan sendiri, Ariz pula suka bercerita dengan netizen. Sebenarnya, kami ada berbalah juga pasal sihir ni.

“Saya tak nak orang tahu, tak perlu la beritahu semua orang sebab orang tak suka kita itu akan tepuk tangan bila tahu benda tu… Tapi Ariz kata biarlah, kita ada Allah, kita percaya dengan Allah.”

Baca : “I need help” – Caprice Mohon Bantuan, Tak Sanggup Tengok Isteri Kena Buatan Orang

Isteri Caprice Disihir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.