in

“Kena paksa sembah ketua komunis” – Komik Kisah Penyeksaan Kejam Wanita Uighur Ini Sentuh Hati Dunia

16X9

Sebelum ini, dunia seakan-akan buta dengan penyeksaan yang dialami oleh kaum Muslim Uighur ini dan tak banyak media yang keluarkan cerita mengenai mereka.

Bagi membuka mata dunia mengenai penindasan ini, seorang artis Jepun telah mengambil inisiatif untuk menyampaikan cerita tentang kisah tragik seorang wanita Uighur dari China dan ia telah menjadi viral.

Menurut Washington Post, komik yang bertajuk What has happened to me – A testimony of a Uyghur woman ini menceritakan semula kisah Mihrigul Tursun, seorang wanita Islam dari Barat China yang telah menerima pelbagai seksaan dari pihak berkuasa di Beijing.

7Vxxkhq6Yii6Vkyumsukvix2My

Di dalam komik ini juga, artis Jepun ini turut memasukkan bagaimana Mihrigul telah dipenjara dan diseksa oleh kerajaan Cina serta kematian salah seorang anaknya semasa dalam tahanan dan suaminya yang telah dipenjarakan selama 16 tahun.

Komik yang dilukis oleh Tomomi Shimizu ini telah diterjemah ke Bahasa Inggeris, Cina dan Uighur. Tomomi mengatakan yang komik ini telah dibaca lebih 240,000 kali di laman webnya dan tweet dia telah mendapat lebih 2.6 juta likes dan retweet.

Tomomi berkata, dia mendapat inspirasi untuk membuat komik selepas dia mendengar tentang kisah Mihrigul ini.

Kisah Penyeksaan Mihrigul Tursun 

Fp

Komik ini dimulakan dengan perkahwinan Mihrigul di Mesir lima tahun lalu dan kelahiran anak kembar tiganya yang sihat.

Pada tahun 2015, Mihrigul telah terbang ke kampung halamannya di China bersama ketiga-tiga anak kembarnya untuk berjumpa ibu bapanya.

“Sejurus selepas saya sampai di lapangan terbang Urumqi, saya terus digari dan guni hitam disarung ke kepala saya.”

Mereka pisahkan saya dengan anak-anak saya.”

Menurut wanita ini, dia tak tahu kesalahan apa yang dia lakukan kerana setahu dia, dia tak ada lakukan apa-apa jenayah.

1 22 4

Mihrigul kemudiannya disoal siasat dan diseksa dengan kejutan elektrik sebelum tiba-tiba pihak berkuasa menyerahkan mayat anak sulungnya.

Bukan tu saja, di badan anak sulung dan dua anaknya yang lain terdapat parut menunjukkan mereka telah dibedah. Doktor memberitahu yang dorang telah memasukkan tiub dari leher anaknya untuk beri makanan.

Selepas dia dibebaskan, Mihrigul ditahan semula dan diletakkan di penjara yang lebih sesak dan disana dia telah dipukul berulang kali dan tak dibenarkan tidur.3 4 1

Waktu siang kami kena sembah Pengerusi Parti Komunis supaya dia hidup lama dan nyanyi lagu meraikan komunisme.”

Bukan tu je, tahanan-tahanan wanita di sana juga dipaksa makan pelbagai jenis pil dan diberikan suntikan setiap hari.

Selepas dia tak sedarkan diri kerana sering dipukul dia kemudiannya dihantar ke hospital mental sebelum dibebaskan untuk kali kedua.

5 6

Bila wanita ini pulang ke rumah, dia melihat dua orang pihak berkuasa tinggal di rumahnya, makan makanannya dan ikut wanita ini ke mana saja dia pergi.

Tak lama kemudian dia ditahan semula buat kali ketiga dan dipaksa memakai baju penjara berwarna oren dan diminta bersedia untuk hukuman mati di penjara.

Akhirnya, kerana anak-anak Mihrigul merupakan warganegara Mesir, wanita ini dibebaskan untuk dihantar pulang ke Mesir.

Namun penyeksaannya tak terhenti setakat itu, ketika di Mesir, 26 ahli keluarganya telah ditahan oleh kerajaan Cina dan hanya akan dibebaskan jika wanita itu pulang ke China dalam masa dua bulan.

Kisah Mihrigul ini berakhir dengan kepulangan wanita ini ke Mesir dan mendapat tahu suaminya telah pergi ke China untuk mencarinya namun ditahan dan dijatuhkan hukuman penjara selama 16 tahun.

7

Walaupun selepas mendapat perlindungan dari Amerika Syarikat, agen dari China masih terus mengganggu wanita ini hingga sekarang.

Anak saya meninggal dan tak akan kembali semula. Jadi, saya kumpulkan keberanian dan membuat keputusan untuk beritahu seluruh dunia, apa yang berlaku kepada saya.”

Bagi Tomomi pula, dia berharap lebih ramai lagi orang akan tahu mengenai kekejaman atas Muslim Uighur ini melalui komiknya dan menjadikan perkara ini sebagai satu isu yang releven.

Mungkin susah untuk media arus perdana tunjukkan berita mengenai kekejaman ini kerana terikat dengan perniagaan bersama China. Tapi saya nak orang biasa tahu tentang situasi ini dan fikir tentang orang-orang yang ditindas.”

 

Baca: “Tak boleh puasa dan masuk masjid” – China Larang Muslim Di Xinjiang Berpuasa Pada Bulan Ramadan

Screenshot 2019 12 18 At 1.01.07 Pm