in

Kementerian Pengajian Tinggi Kecualikan Yuran IPTA, Beri SSPN-i Untuk Anak Mangsa Nahas Helikopter TLDM

Syaz Ft 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertembung dan terhempas menjadi satu titik hitam buat rakyat Malaysia, seramai 10 anggota TLDM terkorban dalam nahas tersebut.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan pengecualian pembayaran yuran pengajian anak mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sehingga tamat belajar.


Artikel berkaitan: “Cikgu pegang tangan sambil nangis” –  Anak Mangsa Tragedi Helikopter TLDM Dapat Berita Ketika Di Sekolah

Artikel berkaitan: “Ambil gambar bertiga, takut ‘sorang hilang'” –  Anggota TLDM Nahas Helikopter Tunjuk Tanda Bakal ‘Pergi’

Cats 24

Dalam laporan Harian Metro, difahamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah pun memberi persetujuan berkenaan pemberian itu.

Menurutnya, pengecualian itu akan membabitkan yuran pengajian anak perempuan sulung Pegawai Waran II Mohd Shahrizan Mohd Termizi yang juga penuntut tahun pertama Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Nurul Shahfiqah.

“Ini untuk anak yang belajar di universiti awam dan setakat ini kita mendapat maklumat, yang hanya seorang anak (iaitu anak Mohd Shahrizan) belajar di UMK.

Bagaimanapun kalau ada anak (mangsa lain) yang sedang belajar (di IPT) boleh maklumkan dan kita akan melaksanakan dasar sama,” katanya.

Selain itu, pihak KPT juga akan menyalurkan sumbangan dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) berjumlah RM1,000 kepada 21 anak mangsa nahas yang dikenal pasti masih bersekolah.

Beliau turut berkata, semua usaha itu untuk memastikan supaya anak mangsa dapat meneruskan pengajian dan pihaknya tidak mahu mereka berdepan kesulitan untuk menyambung pengajian.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.