in

Kementerian Pendidikan Senarai 402 Sekolah ‘Dalam Pemerhatian’ Isu Dadah Dan Disiplin

402 Malaysians Schools Were Listed As Super Problematic Read The Full List Here World Of Buzz 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hampir setiap hari pasti kita dengar akan masalah disiplin serta jenayah yang melibatkan remaja yang masih berada di bangku sekolah. Penyalahgunaan dadah antara jenayah yang paling popular sehinggakan Kementerian Pendidikan mengeluarkan senarai sekolah yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral itu.


Menurut Utusan Online, 402 buah sekolah telah disenaraikan sebagai ‘dalam pemerhatian’ berikutan terlibat dalam isu disiplin.

Kesemua sekolah ini telah dibahagikan kepada dua kategori, iaitu:

  1. Disiplin (Kategori 1)
  2. Disiplin dengan masalah dadah (Kategori 3)
402 Malaysians Schools Were Listed As Super Problematic Read The Full List Here World Of Buzz 1
sumber: wob

Menurut NST, Selangor menduduki tempat pertama dengan 76 buah sekolah terlibat dalam isu disiplin. Manakala Johor pula ditempat kedua dengan mempunyai 63 buah sekolah bermasalah.

Negeri-negeri lain seperti Negeri Sembilan dengan 40 buah sekolah, manakala Pulau Pinang dan Pahang pula melibatkan 37 buah sekolah setiap negeri.

Pun begitu, Kuala Lumpur hanya mencatatkan sebanyak 22 buah sekolah yang berada di bawah pemerhatian Kementerian Pendidikan. Namun kesemua sekolah berikut adalah antara sekolah yang terlibat dalam isu dadah! Apalah nak jadi dengan remaja sekarang! 

Masalah Sosial
gambar hiasan

Antara negeri yang sekolahnya bersih dari kegiatan dadah dan disiplin ialah Sabah. Tahniah! 

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kesemua sekolah di dalam senarai tersebut berada di dalam pemerhatian yang mana mempunyai kadar ketidakhadiran yang tinggi, masalah disiplin, penyalahgunaan dadah dan juga jenayah.

Sahsiah Pelajar 1
gambar hiasan

“Pihak kementerian akan menurunkan kuasa kepada pengarah pendidikan untuk mengambil tindakan lanjut, serta menubuhkan jawatankuasa di peringkat negeri.” 

Berikut senarai sekolah bermasalah di dalam permerhatian Kementerian Pendidikan:

1

2

3

4

5 6 7 8 9 10 11 12

13 1
sumber: cempedak cheese

Menurut laporan NST, senarai tersebut merupakan maklumat sulit daripada jabatan kementerian dan untuk kegunaan polis semata-mata. Ia dibocorkan kepada media oleh pihak yang tidak mahu dikenali kepada wartawan dengan mengakui senarai tersebut adalah benar.

Cuba periksa kalau-kalau sekolah anda tersenarai atau tak? Semoga kegiatan jenayah ini dapat dibanteras dengan segera! 

Baca: Bapa Saman Guru Kelas Dan Sekolah Swasta di Setapak Kerana Biar Anak Dibuli Dalam Kelas

Mahkamah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.