in

“Kembang tekak” – Kilang Roti Di Jalan Kuchai Lama Diarah Tutup, Guna Air Dari Tandas & Buat Roti Atas Lantai

Roti Kotoq

Urgh! Geli tekak admin! Semalam, sebuah kilang roti di Taman Gembira dekat Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur telah diarahkan tutup oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas didapati beroperasi menggunakan air dari tandas yang kotor. 

Menurut Berita Harian, hasil pemeriksaan DBKL mendapati bahan mentah dan penyediaan makanan di premis itu juga dilakukan di atas lantai yang kotor. Aduh geli! 

“Pemeriksaan mendapati lantai basah, kotor dengan sisa makanan serta dinding tempat penyediaan makanan kotor dan berdaki hitam.

“Selain itu peralatan serta kelengkapan pemprosesan makanan dalam keadaan kotor dan usang, menggunakan sumber air dari tandas yang kotor dan terdapat kesan hurungan najis tikus dalam stor peralatan dan bahan mentah,” kata sumber DBKL.

Selain itu, DBKL juga mendapati 10 pengendali makanan termasuk 6 warga asing yang bekerja di situ mempunyai suntikan tifoid.

Eiq5Zgaxyaaohk6

Eiq5Zgkxkam9Sww

Eiq5Zgwxyaqxk0M

Sehubungan dengan itu, DBKL telah mengeluarkan Perintah Penutupan Premis di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 yang berkuatkuasa mulai hari ini.

Pemeriksaan dan pemantauan seperti ini juga akan diteruskan oleh DBKL dari semasa ke semasa. Operasi semalam dilakukan oleh 6 anggota penguatkuasa DBKL.

Phew kotor gila! Sekarang ni bukan kedai makan je kita kena ushar tengok bersih ke tidak. Kilang yang hasilkan makanan pun kita kena perhatikan sama. 

Baca: “Air kotor tu” – Pekerja Kaup Air Hujan Untuk Kegunaan Restoran Buat Netizen Kembang Tekak

Kotoq Nak Haram

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter