in

“Kembalikan jika tiada dakwaan dibuat mengenai aset yang disita” – Najib Razak

Najib Asset

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak meminta aset UMNO yang disita lebih tiga bulan lalu dipulangkan oleh pihak polis.


Dalam posting terbarunya di Facebook, Najib mendakwa pihak PDRM masih belum memulangkan kembali wang itu kepada parti, seperti termaktub dalam undang-undang.

“Walaupun saya pernah mengulas sedikit sebanyak tentang isu ini kepada beberapa media tempatan, saya pilih untuk membuat penjelasan dengan lebih panjang lebar sekarang kerana walaupun banyak usaha dan rundingan telah dilakukan tetapi PDRM masih tidak mahu kembalikan wang ini kepada parti.”

 

“Presiden UMNO ditugaskan untuk mengendali semua aset parti”

Dalam tulisannya, beliau juga mendakwa presiden UMNO ditugaskan untuk mengendali semua aset parti termasuk menerima sumbangan politik dari pelbagai pihak.

Najib Asset 2Sumber: Facebook

Beliau juga berkata, Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad tahu tentang kewujudan wang tunai parti yang banyak di Pejabat Perdana Menteri yang turut menempatkan bilik kebal dan peti besi bagi menyimpan wang tunai untuk kegunaan operasi politik dan pilihanraya.

Jelasnya, wang tunai ini dalam proses pemindahan ke pangsapuri di Pavilion Kuala Lumpur sebagai langkah sementara selepas Barisan Nasional kalah dalam pilihanraya lalu. Namun, belum sempat keputusan cara pengendalian wang tunai ini dibuat, pangsapuri itu telah diserbu dan disita oleh PDRM.

 

“Tun Mahathir tahu tentang kewujudan wang tunai parti..”

Najib Asset 3Sumber: Facebook

Pada Mei lalu, sejumlah wang tunai bernilai sehingga RM116.7 juta dan 284 kotak berisi beg tangan berjenama mewah, jam tangan serta barang kemas ditemui dari tiga kondominium mewah di Pavilion Residences.

Page Najib
Sumber: Malaysiakini

Najib2 3
sumber: mole

Ia termasuk serbuan di dua buah rumah milik anaknya serta kediaman peribadinya di Jalan Duta. Wang tunai yang dirampas adalah dalam bentuk mata wang tempatan dan asing.

Bacalah: Senarai Barang Yang Dirampas Di Kediaman Najib

Najib 4

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.