in

Keluarkan Kenyataan ‘Melayu Malas’, Mak Cik Kemboja & Anak Akan Didakwa Esok

Makcik Kembja Dakwa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini tular sebuah video yang mengundang kemarahan netizen terhadap seorang usahawan pakaian yang juga pempengaruh media sosial apabila mengeluarkan kenyataan yang mengatakan kaum Melayu ini malas.


Usahawan yang dimaksudkan ialah Mak Cik Kemboja atau juga dikenali dengan nama Madame Mariyah.

Artikel berkaitan: Makcik Kemboja Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia, Perjelas Video Dibuat Untuk Motivasi

Artikel berkaitan: “Rosak nama negara saya” –  Individu Dakwa ‘Makcik Kemboja’ Bukan Orang Asal Kemboja?

Menurut laporan Harian Metro, Mak Cik Kemboja dan anaknya yang juga memuat naik video berkenaan isu itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh esok susulan video yang tular itu.

@makcik.kemboja

♬ original sound – Makcik Kemboja – Makcik Kemboja

“Kertas siasatan kes berkenaan sudah diterima daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri dan arahan lanjut dari Jabatan Peguam Negara adalah mendakwa kedua-dua individu terbabit pada esok.

“Wanita berusia 47 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan manakala anak lelakinya mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].” Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah.

Difahamkan, kes berkenaan akan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri, Ahmad Sazali Omar di Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh.

Selain itu, pihak polis turut menyoal siasat dan merakam keterangan 14 saksi lain yang boleh membantu siasatan lain selain wanita itu.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.