Ketika tengah nyenyak tidur, rumah tiga sekeluarga ni dipecah masuk tiga perompak pada 16 Oktober lalu. Kejadian tu berlaku kira-kira jam 3 pagi dekat Pontion, Johor di mana perompak tu berjaya bawa lari barangan berharga keluarga tersebut.
Menurut laporan WORLD OF BUZZ, perompak warganegara Indonesia tu semua pakai topeng untuk elak daripada muka dorang dapat dikenal pasti oleh mangsa. Mereka bersenjatakan cutter, pisau dan parang dengan cara potong besi cangkuk mangga dekat sliding door.
Mangsa kemudian diikat dan diacu pisau sebaik sahaja mereka berjaya pecah masuk ke dalam rumah. Keluarga tu dipaksa berikan barang-barang berharga yang mereka ada.
Menurut polis, mangsa terpaksa serahkan tiga smartphones, wang tunai RM4,000, empat cincin emas, satu rantai emas dan tiga jam tangan.
Jumlah keseluruhan kerugian yang mereka tanggung adalah sebanyak RM8,000. Walaupun tak dapat lihat muka tapi keluarga tu dapat teka yang perompak tu adalah orang Indonesia berdasarkan cara percakapan mereka.
Meskipun tak mengalami apa-apa kecederaan tapi mereka masih trauma dengan apa yang jadi. Difahamkan kawasan perumahan tu memang ‘hot spot’ untuk penjenayah. Bermacam-macam kes rompakan, kecurian dan sebagainya dah berlaku dekat lokasi tu. Pihak polis kini masih menjalankan misi memburu kesemua suspek.
Baca: [VIDEO] Tak Sampai 20 Minit, Perompak Pecah Rumah Bawa Lari Barang