Setiap pasangan suami isteri pastinya diuji dengan pelbagai ujian dan cabaran sepanjang tempoh berumah tangga. Pun begitu, di sebalik mahligai yang ingin dibina, ada pihak yang tidak berpuas hati dan cemburu dengan pasangan ini.
Itulah dugaan berat yang dialami oleh sepasang suami isteri yang tular di aplikasi TikTok baru-baru ini gara-gara ada pihak yang menghantar sihir kepada mereka.
Artikel berkaitan : “Hari-hari ada air kenc*ng depan pintu” – Jiran Hantar Sihir, Lepas Sentap Ditegur Parking Depan Rumah
Menurut perkongsian di TikTok tersebut, mereka berdua telah mendirikan rumah tangga pada 21/8/2021 dan menurut wanita itu, dia langsung tidak menyangka ada pihak yang kurang senang dengan ikatan suci mereka.
Tambahnya lagi, perkahwinannya selama dua tahun dipenuhi dengan ujian seperti perniagaan merosot, gangguan emosi dan masih belum dikurniakan zuriat dan menyangka menghidap PCOS selepas berjumpa doktor pakar.
“Setelah berbulan setiap maghrib ada katak datang menganggu, otak dan mental sangat bising”
Wanita berkenaan difahamkan mendapatkan khidmat rawatan Islam dan ketika sesi berubat, seekor katak telah keluar dari perut dan menurut perawat, baju dan rumah pasangan tersebut dipenuhi dengan kesan minyak dagu.
@prelovedbynna_hq 2 tahun yang pedih ? terima kasihh ustaz @??TuanFadzlan?? dan team sebab banyakk tolong saya , hanya allah yg dpt balas . yg terkene sihir / ganggu cari la ustaz ni . sangat berilmu . #sihir #minyakdagu #trending #suamiistri #abah ♬ original sound – ?Mar_Acc1?
Lebih mengejutkan, calitan minyak dagu juga ada pada baju pengantin yang disarung oleh mereka berdua 2 tahun lalu dan disebabkan sihir itu, rahimnya seakan-akan diikat dan ini menyebabkan wanita ini alami kesukaran hamil.
Dalam masa yang sama, wanita tersebut meluahkan rasa syukur terhadap suaminya yang sentiasa ada di sisi selain tidak pernah berputus asa dalam mencari kaedah penyembuhan.
Sumber : TikTok