in

Keluar Cecair Hitam, Jalan Di UK ‘Cair’ Akibat Suhu Cecah 54°C

1jalan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa jalan raya di United Kingdom (UK) dilaporkan menjadi cair akibat suhu panas melampau dan perkara ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna yang menggunakannya setiap hari.

Memetik laporan Mirror UK, Jalan Broadstones di Stockport, Greater Manchester telah bertukar menjadi seperti cecair hitam likat yang melekit dan kelihatan basah seperti selepas hujan dipercayai kerana bahan tar dan asphalt cair gara-gara heatwave yang melanda negara itu.


Screenshot 2022 07 23 at 10.58.36 AM

Seorang penduduk berkata kepada sumber, kenderaan yang melalui jalan itu kedengaran seperti sedang meluncur di atas jalan berair. Mereka juga memberi gambaran bahawa kaki mereka mungkin boleh tenggelam sekiranya memijak permukaan jalan yang lembut akibat cuaca yang terlampau panas itu.

Screenshot 2022 07 23 at 10.58.27 AM

Jalan raya yang terdedah di bawah pancaran matahari boleh menjadi panas sehingga 50 darjah Celcius dan pada suhu ini permukaan jalan mula mencair.

Hal ini kerana permukaan jalan menyerap dan mengumpulkan haba pada waktu siang, apabila suhu melambung, pihak berkuasa tempatan terpaksa memotong sebahagian lapisan tar untuk memberi ruang jalan ‘mencair’.

Screenshot 2022 07 23 at 10.58.44 AM

Walaupun keadaan jalan raya UK mencair, setakat ini tiada kemalangan yang melibatkan kenderaan mahupun pejalan kaki dilaporkan.

 

Baca: Cuaca Terlalu Panas, Syarikat Ini Jual Aircond Mini Yang Boleh Dipakai Dalam Baju

Screenshot 2022 07 23 at 11.00.12 AM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.