in

Kellie’s Castle: Penampakan Roh dan Terowong Rahsia Yang Menjadi Misteri Hingga Kini

Page Kc2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kellie’s Castle merupakan antara tempat bersejarah yang ada di Malaysia. Kalau ada school trip ke Perak, pastinya istana ini menjadi salah satu lokasi yang perlu dikunjungi.

Di sebalik bangunan yang megah berdiri, tahukah anda tentang misteri dan rahsia di sebalik Kellie’s Castle? Ini kisah istana yang dibina atas dasar cinta seorang suami iaitu William Kellie Smith kepada isterinya, Agnes dan misteri yang menyelubunginya.


 

1. William Kellie Smith antara orang terkaya di Daerah Kinta

K1 1
sumber: blog

William Smith merupakan orang Scotland yang datang merantau ke Malaya pada 1 Mac 1890 untuk memperbaiki taraf hidupnya. Beliau berkhidmat sebagai jurutera awam secara kontrak selama dua tahun dengan kerajaan kolonial bagi membina laluan keretapi ke sebuah kuari batu yang baru dibina.

W1
sumber: blog

Selepas timbul masalah dengan projek tersebut, beliau mula berganding dengan Charles Alma Baker untuk usahakan projek membina jalan raya di Perak. Melalui usaha bersama, beliau berjaya dapat 200 ekar tanah di Batu Gajah untuk diusahakan dan mula menanam kopi pada tahun 1896. Beliau kemudian menggantikan tanaman kopi tersebut dengan getah sehingga dapat membeli ladang sendiri di kawasan Batu Gajah yang dinamakan Ladang Kinta Kellas.

 

2. Cinta pada Agnes menyebabkan terbinanya Kellie’s Castle

W2 1
sumber: blog

Pada tahun 1903, William kembali ke Scotland untuk melawat ibunya yang sedang nazak dan dalam perjalanan pulang, beliau bertemu dengan bakal isterinya Agnes yang merupakan pewaris kepada perniagaan kapas.

Selepas mengahwini Agnes, mereka tinggal di rumah beliau di ladang yang dibuat daripada kayu. Disebabkan rumah tu akan jadi terlalu panas jika cuaca panas, Agnes kurang selesa dengan kedaan tu dan mengidamkan rumah yang lebih besar. Selepas kelahiran anak pertama, Helen, William memulakan rancangan pembinaan rumah idaman mereka.

 

3. Masalah kewangan bantutkan pembinaan

W4 1
sumber: blog

Setahun selepas perancangan pembinaan dibuat, William mengalami masalah kewangan lagi-lagi bila mendapat tahu, wang 300,000 pound sterling yang sepatutnya diwariskan kepada Agnes, hanya akan dilepaskan pada tahun 1908. Bukan tu je, firma guaman di Singapura, tempat William membuat pinjaman pun turut mengalami masalah kegawatan. William semakin terdesak lagi-lagi kerana Agnes baru sahaja melahirkan anak keduanya iaitu Anthony.

Beliau kemudian menyuruh Agnes menulis surat kepada kerajaan kolonial untuk meminjam duit daripada mereka. Walaupun jumlah yang diminta adalah sebanyak 50,000 pound, mereka hanya memberikan 10,000 pound je kerana tak confident yang pasangan ni dapat bayar balik jumlah tu. William juga terpaksa menjual 2/3 daripada ladang untuk bayar balik duit yang dipinjam selain hilang ternakan kuda dan lembu akibat wabak penyakit.

 

3. Kellie’s Castle dibina menggunakan putih telur, gula merah dan madu

W5 1
sumber: blog

Bila dah dapat dana yang diwarisi Agnes pada 1908, pembinaan istana diteruskan dengan menggajikan seramai 70 orang buruh mahir dari Madras, India. Ini adalah antara bahan binaan yang digunakan untuk menyiapkan Kellie’s Castle:

  • Batu marmar diimport dari India
  • Jubin diimport dari Itali
  • Batu bata jenis aprikot yang dibuat di Malaya
  • Kayu cengal

Memandangkan pada masa tu simen tak ada lagi di Malaya, so, dinding istana dibina menggunakan campuran putih telur itik, pasir, kapur, gula merah dan madu. Pembinaan istana ni pun tidak menggunakan paku, besi atau jentera berat. Selain itu, istana tersebut menggunakan dinding batu yang tebal dan mempunyai laluan koridor bagi membantu pengudaraan supaya isterinya tidak berasa panas.

W6 1
sumber: blog

 

4. Ada 3 terowong rahsia

Terdapat banyak bilik di Kellie’s Castle yang mempunyai fungsi berbeza lengkap dengan laluan tangga kecemasan. Istana ni juga ada tiga terowong rahsia. Banyaknya!

 

Terowong Pertama

Laluan terowong ini menuju ke kuil Hindu yang berada kira-kira 500 meter dari istana dan diketahui ramai sejak istana ini ditinggalkan.

W7 1
sumber: blog

 

Terowong Kedua

Laluan ini menuju ke jalan keluar yang berada betul-betul berdekatan kereta milik keluarga Kellie tetapi dikatakan telah runtuh dengan kereta tertimbus di bawah runtuhan. Terowong ini juga telah diketahui ramai.

 

Terowong Ketiga

Laluan ini masih kekal misteri ke mana arah tujunya. Ia dijiumpai secara tak sengaja pada tahun 2003 sewaktu JKR sedang jalankan kerja-kerja membuat jalan raya di KM4 Jalan Gopeng, Batu Gajah. Masa ditemui, terowong yang berketinggian 1.5 meter dan kelebaran satu meter tu dalam keadaan ditenggelami air.

W8 1
sumber: the star
W9
sumber: the star

 

5. Kematian William Kellie Smith

Pada tahun 1926, William dan anaknya Hellen pergi ke Lisbon, Portugal sebelum teruskan perjalanan ke England nak lawat Agnes dan Anthony. Ada yang kata William pulang ke England untuk bawak balik set lif yang dia cadang nak pasang dekat menara istananya nanti. Tapi malangnya, masa dekat Portugal, William diserang penyakit pneumonia dan mati pada 11 Disember 1926 di Lisbon pada usia 56 tahun.

W10
sumber: blog

 

6. Kellie’s Castle tak dapat diteruskan pembinaannya

Selepas William mati, Agnes tidak kembali ke Malaya dan telah menjual segala harta milik mereka termasuk Kellie’s Castle. Ladang milik mereka telah dijual kepada Syarikat Harrisons and Crosfield. Syarikat ni pulak tak minat nak teruskan projek istana ni, so, Kellie’s Castle terbengkalai macam tu je dan pembinaannya terhenti pada tahun 1926.

W12
sumber: blog
W11
sumber: blog

 

7. Kisah misteri dan penampakan roh William

Salah seorang ahli naturalis dari Kanada yang pernah ke situ untuk kajian mendakwa terlihat satu lembaga yang menyerupai seorang lelaki bangsa Eropah sedang berdiri dan menjenguk dari salah satu tingkat di Istana tu yang dipercayai roh William Kellie Smith. Ada yang kata roh William tak akan tenang selagi Kellie’s Castle tidak disiapkan.

Q1 1
sumber: blog

Antara ruang dalam istana tersebut ialah bilik anak perempuan mereka, Helen dan seorang pengunjung pernah mendakwa ternampak seorang budak perempuan Eropah dalam lingkungan usia enam tahun berkeliaran dalam tu. Budak perempuan tu dipercayai roh Helen.

Pada tahun 1995 pula, sekumpulan pemuda melawat Kellie’s Castle buat pertama kali pada jam lima petang. Mereka didatangi seorang pengawal istana yang memaklumkan premis tu dah tutup waktu itu. Tapi, bila mereka hendak berlalu pergi, baru dorang sedar yang pengawal tu tak berkaki dan seakan melayang menuju ke pondoknya.

Q2
sumber: blog

Mungkin setiap kita yang pernah berkunjung ke Kellie’s Castle ada cerita tersendiri yang ingin disampaikan. Memang tak hairan kalau ada benda-benda pelik yang jadi masa berada dalam istana tu sebab dah lama ditinggalkan. Lagi-lagi Kellie’s Castle tu dah tersimpan seribu satu rahsia yang tak diketahui ramai.

Sampai kesudah family ni tak dapat tinggal dalam istana ni.

Baca: Taj Mahal: Lambang Cinta Agung Yang Diabdikan Namun Tersimpan 1001 Rahsia

Page Taj Mahal 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.