Kita masih lagi dalam ‘mood’ bulan kemerdekaan, ramai orang akan mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman, kereta dan ada juga di tempat awam.
Malah kita juga dapat lihat bermacam-macam kreativiti yang dibuat oleh rakyat Malaysia untuk mengekspresikan semangat patriotisme mereka terhadap negara Malaysia.
Antaranya seorang kanak-kanak ini, dia menggunakan Jalur Gemilang sebagai ‘perisai’ daripada dimarahi oleh ayahnya.
Beruntung adik ni ayah dia tentera
@ntv7malaysia Beruntung adik ini ayah dia tentera. ? Sumber: TikTok/rafmid #fyp #trending #tiktokmalaysia
Insiden lucu itu dapat dilihat menerusi satu video TikTok rasmi daripada DIDIKTV KPM, dalam video yang berdurasi 14 saat itu, dilihat si ayah memarahi anaknya kerana dikatakan keputusan peperiksaan anaknya itu merosot.
Ayahnya dilihat memegang kertas dan sebatang kayu sementara anaknya berundur dalam keadaan ketakukan, namun ketika anaknya hampir dipukul, anaknya itu cepat-cepat capai Jalur Gemilang sebagai pelindung dan ayahnya dengan pantas memberikan tabik hormat.
Mengikut sumber, dikatakan anaknya tahu kelemahan ayahnya yang begitu tabik dengan Jalur Gemilang dan dikatakan si ayahnya itu merupakan seorang tentera.
Kelemahan bapak tentera – Netizen
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terhibur melihatnya dan anggap ia boleh dijadikan sebagai ‘helah’ baru untuk elakkan diri daripada dimarahi bapa terutamanya di bulan kemerdekaan ini.

Hurm kalau tahu macam ni, min dah buat dari kecil-kecil dulu.
Baca : Lagi Kes Rosakkan Jalur Gemilang, Lelaki Telah Ditahan Oleh Pihak Polis Di Kuala Lumpur

