in

Lagi Kes Rosakkan Jalur Gemilang, Lelaki Telah Ditahan Oleh Pihak Polis Di Kuala Lumpur

Yjthgefd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bulan ini merupakan bulan yang sangat bermakna untuk rakyat Malaysia kerana dalam beberapa hari sahaja kita akan menyambut hari kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos ini.


Namun, dalam kesiapsiagaan kita untuk menyambut hari bermakna ini, ada juga segelintir daripada kita yang seakan tidak menghargai perjuangan nenek moyang kita yang bertarung nyawa untuk mendapatkan kemerdekaan.

Seperti sebelum ini, tular di media sosial seorang lelaki yang bertindak menggunting dan merosakkan Jalur Gemilang di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Selang berapa hari sahaja, lagi kes yang berlaku di ibukota dimana seorang lelaki bertindak melakukan perkara sama seperti yang berlaku sebelum ini.

Lelaki rosakkan Jalur Gemilang di Brickfields, KL

Perkara tersebut telah dikongsikan di laman Facebook rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menunjukkan beberapa gambar mengenai tindakan seorang lelaki yang merosakkan Jalur Gemilang di Brickfields, Kuala Lumpur.

LAGI PENAHANAN PELAKU VANDALISMESemalam sahabat-sahabat min dari Jabatan Penguatkuasaan sekali lagi membuat penahanan…

Posted by Dewan Bandaraya Kuala Lumpur on Sunday, August 21, 2022

Menerusi hantaran tersebut, lelaki tersebut bertindak menggunting Jalur Gemilang yang telah dipasang di sebuah jejantas di sana dan perbuatan itu dirakam melalui CCTV yang terletak di kawasan tersebut.

“Pelik la min tengok… kenapalah Jalur Gemilang yang menjadi sasaran?”

Menurut DBKL juga, suspek berkenaan telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan yang selanjutnya.

Netizen kecewa dengan tindakan tersebut, anggap tak sayang negara

Hantaran tersebut mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa kecewa kepada individu tersebut yang tergamak melakukan tindakan tersebut tanpa berfikir panjang.

Ada juga di antara netizen yang bersangka baik mungkin lelaki tersebut adalah golongan yang mengalami masalah kesihatan mental. Ada juga yang mempersoalkan kewarganegaraan lelaki tersebut kerana mustahil bagi rakyat Malaysia sanggup membuat sedemikian kepada bendera tanah air.

Screenshot 2022 08 22 At 5.01.43 Pm

Screenshot 2022 08 22 At 5.01.50 Pm

Jom jadi rakyat yang cintakan negara tanah airnya! Saya anak Malaysia!

Baca: [UPDATE] Lelaki Viral Gunting Jalur Gemilang Di KL Telah Ditahan

Screenshot 2022 08 22 At 5.32.01 Pm

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.