in

Kedai Siakap ‘Viral’ Tetap Meriah, Pelanggan Tak Putus-Putus Datang Walaupun Tahu Harga ‘Kayangan’

Page Siakap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti korang still ingat lagi kan pasal kedai siakap viral baru-baru ni kan?

Kedai viral yang terletak di Langkawi, Restoran Terapung Sas Rimba masih lagi dibanjiri oleh pelanggan walaupun ramai sedia maklum dengan harganya yang disifatkan sebagai ‘kayangan’ itu. Bukan itu saja, kedai itu juga dilihatkan beroperasi seperti biasa.


Malah, kedai itu tidak terjejas dengan kecaman yang diterima sebelum ini. Nampaknya, kedai tersebut menerima lebih ramai bilangan pelanggan dari biasa dan ramai dari mereka datang disebabkan ingin tahu sendiri mengenai status harga ikan siakap di kedai tersebut.

Siakap 2

Kebiasaannya pengunjung yang ingin menjamu selera di sana akan menaiki bot mengikut pakej lawatan ke kawasan bakau yang terletak di Taman Geoforest Karst Kilim. Menurut K! Online, salah seorang pengunjung ke kedai siakap itu turut kongsikan pendapatnya mengenai harga ikan yang dihidangkan.

“Kami faham bahawa harga yang diletakkan oleh peniaga adalah munasabah kerana ikan yang dijual betul-betul segar kerana ikan tersebut masih be­renang ketika kami memilihnya” – Pelanggan

Bukan itu sahaja, pelanggan lain yang dikenali sebagai Syuhadah juga memberitahu bahawa dia dan ahli keluarga sememangnya peminat makanan laut. Oleh itu, dia dan juga ahli keluarga akan memeriksa sendiri ikan yang ditimbang sebelum membuat pesanan.

Siakap 1 1

Dia turut menambah, pekerja di kedai viral itu juga akan menunjukkan menu dan harga ikan terlebih dahulu. Sekiranya mereka bersetuju dan berpuas hati dengan saiz ikan yang ditimbang, barulah ikan tersebut akan dimasak.

Siakap 3

Sebelum ini, kedai siakap itu viral di setiap platform media sosial selepas sekumpulan pelancong menunjukkan harga yang dikenakan iaitu sebanyak RM1,196 bagi menu ikan siakap dengan berat 7 kilogram padal awal November.

Min tak sempat lagi nak usya kedai tu… Makan jelah dulu ikan kembung kat rumah ni…

Baca: Peniaga Siakap Viral RM1,000 Gagal Kemuka Dokumen Dikehendaki, Bakal Didenda RM50,000

Untitled 2 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.