in

“I am a model!” – Imran Bard Bengang Dikatakan Caras ‘Job’ Model

Imran Bard Model

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, ramai yang teruja melihat pertunjukan fesyen Aidilfitri jenama tempatan Bulan Bintang kerana memperlihatkan nama-nama besar dalam industri lakonan seperti Beto Kusyairy serta Hannah Delisha.

Malah, turut sama dalam pertunjukan itu ialah influencer ternama Imran Bard yang diminati ramai menerusi laman media sosial TikTok serta YouTube.


Namun, terdapat ‘suara-suara’ di media sosial yang merasakan jenama tersebut mengambil influencer sebagai model adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan kerana ia seakan mencaras kerja model ‘sebenar’.

Cats 48

“Betulkan saya jika saya salah tetapi menggunakan influencer dan pelakon sebagai “model” hanya mengambil peluang pekerjaan untuk model sebenar kan?

Pasti ada yang lebih layak … tetapi saya rasa keutamaan di sini adalah pengaruh seseorang dan bukan profesion mereka,” tulis seorang netizen.

Pun begitu, Imran Bard tidak melatah namun menerusi laman Twitter miliknya dia meluahkan rasa kecewanya serta memberitahu dia sememangnya layak berada di pentas peragaan itu kerana dia memang seorang model.

Malah, dia turut meluahkan rasa hampanya kerana ada yang tidak suka dirinya menjadi model kerana tidak mencapai beauty standard seperti mereka yang berdarah kacukan.

“Lebih memilih kulit putih atau pan asians sebab mereka commercial look. U nak pertahankan melayu tapi u sendiri discriminate the beauty of melayu,” luahnya.

Setakat artikel ini ditulis, tweet tersebut telah mendapat lebih 3.5K retweets dan rata-rata memuji tindakan Imran yang mempertahankan dirinya.

Lelaki Melayu mana ada tolok bandingnya…

Baca: “Ini baru betul influencer” –  Netizen Kagum Lihat Alif Satar Pandai Berbahasa Isyarat

Alif Satar Sign Language

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.