in

“Kecewa sampai nak serah 6 orang anak kepada sesiapa” – Ibu Tunggal 13 Tahun Merana Tak Berjaya Pertukaran Guru

Guru Merana Sedih Duka Lara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang bergelar guru, pasti tak asing lagi dengan isu EGTukar atau permohonan pertukaran guru yang baru-baru ni mengeluarkan keputusannya. Bagi mereka yang permohonannya berjaya, bersyukurlah. Tapi bagi yang kecundang, sudah pasti sedih tak terkata.


Menerusi posting di Facebook, seorang guru bernama Cikgu Izzat berkongsi kisah seorang guru lain yang juga ibu tunggal sudah 13 tahun memohon pertukaran guru tapi sampai sekarang tidak berjaya. 

 

Sanggup nak serah anak-anak kepada sesiapapun dan sampai kemurungan!

Menurut Cikgu Izzat, guru terbabit sudah berada di tahap stress yang melampau sehingga sanggup menyerahkan 6 orang anaknya kepada sesiapapun kerana sehingga kini masih tidak berjaya dalam pertukaran guru walaupun sudah 13 tahun mencuba. Allah… dah lama sangat dah tu. Sampai bila nak menunggu?

46043960 1988897211411508 3550600191738380288 N
sumber: facebook

 

“Menteri? Menteri mana ada amik kisah langsung pertukaran guru”

Bila isu macam ni dah ‘up’, ia mesti akan menyentuh Kementerian Pendidikan Malaysia dan menteri yang terbabit kerana didakwa langsung tidak ambil kisah akan kebajikan guru-guru yang ‘merana’ ini.

“Kalau dah sampai nak serah anak-anak kepada sesiapapun dan sampai kemurungan, apa yang KPM boleh buat?

“Menteri? Menteri mana ada amik kisah langsung hal pertukaran guru.

“Saya terpaksa UP isu nasib cikgu ini kerana beliau ibu tunggal yang terpaksa menjaga ENAM orang anak bersendirian. 

“Kenapalah orang Kementerian Pendidikan Malaysia susah nak bantu masalah paling mudah diurus sampaikan 13 tahun minta tukar tak dapat? Graduan baharu dibaginya duduk kampung sendiri. Guru lebih 10 tahun, tidak ditukarnya,” kata Cikgu Izzat.

Indriani Guru Honorer K2 20161125 143409
sumber: blog

 

“Wahai YAB Dr. Mahathir bin Mohamad, tolonglah cikgu ini” 

Tiada pilihan lain dalam mengadu nasib, Cikgu Izzat terpaksa ‘melobi’ kepada dua orang penting dalam negara ini iaitu kepada Perdana Menteri dan timbalannya untuk memandang serius isu guru tersebut supaya tak ada perkara buruk yang berlaku.

“Wahai YAB Dr Wan Azizah Wan Ismail, tolonglah cikgu ini. Beliau dah kecewa sampai nak serah sahaja anak-anak seramai 6 orang kepada sesiapa.

“Mahukan lihat anak-anak dipisahkan?
Cukuplah cikgu ini terpaksa hidup bersendirian, sekarang masih lagi nak dibiarkan berpisah dengan anak-anak?

“Wahai YAB Dr. Mahathir bin Mohamad, tolonglah cikgu ini. Cukuplah dengan ada Menteri Pendidikan yang tiada visi masa depan untuk pendidikan negara. Tidak menjaga kebajikan guru langsung.

“Saya mohon jasa baik semua rakan saya untuk SHARE status ini sehingga mendapat perhatian pentadbir negara. Sedikit bantuan kita mungkin dapat menyelamatkan anak-anak kecil dalam gambar ini,” luahnya.

 

“Nak salahkan Menteri Pendidikan sekarang dah kenapa?” 

Walau bagaimanapun, status Cikgu Izzat ini mengundang pelbagai komen negatif pula kerana kebanyakannya menganggap guru tersebut mengkritik Menteri Pendidikan sekarang, walhal isu ini sudah pun berlaku sejak zaman pemerintahan kerajaan sebelumnya lagi.

Dalam pada tu, ramai juga yang mendoakan semoga urusan guru yang dikongsikan tadi dipermudahkan. Aminnn! 

Kesabaran
sumber: facebook

Apa-apapun kita doakanlah semoga guru ini beroleh pertukaran seperti yang diharapkannya. Kesian anak-anak berjauhan dengan emaknya selama 13 tahun.

Baca: Murid Nak Saman Cikgu, Guru Besar ‘Back Up’ Sanggup Palsukan Maklumat

Cikgu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.