in

Kecewa Melaka Floating Market Sendu Sebab Tak Banyak Gerai Buka, Ini Alasan Pihak Pengurusan

melaka floating market sendu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai pengunjung, kita sendiri tidak akan atau ragu-ragu untuk berkunjung di kawasan yang tidak meriah dengan pelbagai barangan jualan, betul tak?

Perkara ini turut berlaku di Melaka Floating Market yang mana seorang peniaga meluahkan rasa kecewa kerana perniagaannya di pasar terapung yang terletak di Kampung Pengkalan Rama Pantai itu kurang mendapat sambutan.


Ramai peniaga tidak buka gerai

Menerusi video yang dikongsikan oleh @karinaknag, dia mendakwa suasana di floating market itu suram tanpa kehadiran pelanggan disebabkan ramai peniaga tidak membuka gerai masing-masing.

Luahnya, dia juga bersimpati terhadap peniaga lain yang membuka gerai pada setiap hari meskipun tidak mempunyai pelanggan yang ramai.

Artikel berkaitan: Pasar Terapung Bakal Jadi Tarikan Baharu Di Melaka, Netizen Beri Pelbagai Reaksi

Dakwanya lagi, dia juga sudah meminta para peniaga lain di floating market itu untuk membuka gerai mereka, namun tindakan itu menyebabkan dia dimarahi.

“Tak nak niaga tak payahlah ambik harga pakej yang murah. Management kena buat sesuatu kalau tak tempat ni tak akan bertahan lama.”

@karinaknag

floating market boat 👎🏻👎🏻👎🏻👎🏻kesian peniaga yg hari2 buka macam saya. dh bersuara dalam group minta peniaga bagi kerjasama buka tapi kene marah. taknak niaga xyhlah ambik harga pakej yg murah. management kene buat sesuatu kalau x tempat ni xkan bertahan lama. #peniagayangdisakiti #floatingmarket #melaka #melakafoodie #fyp #fypage #fypシ゚ #makananviral #rasacrofflemelaka #croffle #melakahawau

♬ Scott Street (Slowed Down) – Phoebe Bridgers

Dalam video tersebut, kelihatan hanya beberapa peniaga sahaja yang berniaga manakala deretan gerai berbentuk bot terapung di sungai Melaka itu dibiarkan kosong tanpa sebarang aktiviti perniagaan.

Difahamkan, pemilik gerai-gerai yang kosong itu berniaga di kawasan khemah sahaja walaupun telah mengambil kedua-dua pakej di situ.

Screenshot 2025 02 05 123729

Ada kerja-kerja pembinaan jambatan

Sementara itu, akaun TikTok Melaka Floating Market, yang dipercayai dikendalikan oleh pihak pengurusan pasar terapung tersebut, tampil memberikan penjelasan mengenai situasi yang berlaku.

Menurut kenyataan yang diberikan, kerja-kerja pembinaan jambatan menuju ke Melaka Floating Market sedang dilakukan, menyebabkan laluan masuk ke kawasan itu ditutup buat sementara waktu.

“Kami memohon maaf dan berharap agar pengunjung akan merancang lawatan (ke pasar terapung) selepas ia siap,” tulisnya.

Screenshot 2025 02 05 123626

Netizen dakwa sungai bau busuk

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mengenai isu tersebut.

Netizen mendakwa air sungai di kawasan tersebut berbau busuk menyebabkan mereka tidak berminat untuk berkunjung ke sana.

Screenshot 2025 02 05 123717 Screenshot 2025 02 05 123749 Screenshot 2025 02 05 123807

Harap ada solusi bersama dari pihak pengurusan dan peniaga supaya isu ini tidak timbul supaya floating market di situ kembali meriah.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.