in

Pasar Terapung Bakal Jadi Tarikan Baharu Di Melaka, Netizen Beri Pelbagai Reaksi

Pasar Terapung Melaka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk pengetahuan korang, tahun ini merupakan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024). Susulan itu, kerajaan negeri Melaka menawarkan pelbagai tarikan untuk menarik ramai pengunjung melancong ke Bandaraya Bersejarah itu.


Mengambil konsep seperti di negara jiran, dilaporkan bahawa Pasar Terapung bakal menjadi tarikan baharu di Melaka.

Memetik sumber Utusan yang diterbitkan pada Disember tahun lalu, pasar terapung ini bakal beroperasi pada Februari tahun ini.

Artikel berkaitan: “Elsa sebenarnya…” – Tular Video Harimau Putih Kurus Melampau, Ini Jawapan Zoo Melaka

Artikel berkaitan: “Sampai nangis sebab excited” – Peminat Mechamato Teruja Dapat Tengok ‘Kota Hilir’ Di Melaka

Seorang pengguna laman X baru-baru ini berkongsi sebuah gambar yang memaparkan deretan bot kecil di sepanjang Sungai Melaka di Taman Rempah.

“Melaka tak lama lagi ada floating market.

“Tak tau ni bot atau perahu. Yang pasti dah siap,” tulisnya.

Perkongsian hantaran itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen. Meninjau ke ruangan komen, netizen menyatakan rasa tidak yakin dengan konsep yang diketengahkan memandangkan sudah banyak tarikan pasar terapung di beberapa tempat.

Selain itu, ada yang meluahkan kebimbangan terhadap persekitaran dan kebersihan sungai di situ jika tidak diselia dengan baik.

Malah, ramai mengharapkan harga yang dikenakan perlulah berpatutan dan tidak mahal apabila pasar terapung ini mula dibuka.

Screenshot 2024 02 20 183211

Apa pendapat korang pasal ni?

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.