Menantu kepada penyanyi dan pelakon, Abby Abadi iaitu Ahmad Aslam tampil mempertahankan isteri pertamanya, Umisya Mazlan selepas isterinya itu menerima kecaman daripada netizen berkaitan dengan hal rumah tangga mereka.
Artikel berkaitan : Mahkamah Sahkan Status Pernikahan Marissa Dania & Aslam Selepas Setahun Berkahwin
Artikel berkaitan : “Yang tak berminat takpe” – Harga Tiket Konsert Elite Cecah RM1K, Abby Abadi Beri Respon
Kecam lah saya – Aslam
@mesyalove0 Dengar tu pesanan Aslam di akhir video 🫣 #umisyamazlan #aslambul #fyppppppppppppppppppppppp #berandatiktok #fanpage
♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, odd, lovely (Drumless)(1441321) – Ponetto
Dalam satu potongan video daripada sesi live di TikTok, Aslam kesal dengan tindakan segelintir netizen yang jadikan Umisya sebagai bahan kecaman.
Bahkan, Aslam menyatakan bahawa dia tidak kisah jika dirinya dikecam tetapi enggan berdiam diri jika kecaman itu ditujukan kepada Umisya.
“Saya pun tidak faham. Kecamlah saya, kenapa kalian kecam Umisya? Untuk apa?”
Menjengah ke ruangan komen, dilihat ramai yang menyokong dengan kenyataan Aslam.
Kes mengenai rumah tangga antara Aslam dan Umisya menjadi tumpuan selepas Aslam disahkan telah berkahwin dengan Marissa Dania yang merupakan anak kepada pelakon Abby Abadi bersama Norman Hakim.
Isu semakin menjadi tumpuan selepas Abby Abadi membuat satu kenyataan yang mencuri perhatian netizen, difahamkan Abby memberi bayangan bahawa anaknya dipercayai terperangkap dalam hubungan toksik.
Sumber : TikTok